suria

Air teh antara 6 cara jaga perabot kayu anda!

Mengelap perabot kayu menggunakan air teh boleh membantu mengilatkan dan mencantikkan perabot anda. Foto Sekadar Hiasan

PERABOT antik dan kayu kembali menjadi pilihan bagi menghias kediaman kerana kualitinya yang baik serta lebih tahan lama.

Bagaimanapun, perabot yang diperbuat menggunakan material daripada kayu memerlukan penjagaan rapi bagi memastikan ia kekal tahan lama dan tidak mudah dimakan anai-anai.

ARTIKEL BERKAITAN: Transformasi menarik... Rumah teres usang ini bertukar vila mewah lengkap dua kolam renang!

Berikut adalah lima kaedah bagi menjaga perabot agar sentiasa kelihatan baru dan berkilat.

1. Kerap dibersihkan

Membersihkan debu dan kotoran pada permukaan perabot kayu adalah kunci penting dalam menjaganya agar ia kelihatan bersih dan cantik.

Ini kerana debu yang melekat pada kayu itu mampu merosakkan perabot anda dan sebaiknya gunakan kain kering yang lembut untuk mengelap.

Menghindarkan perabot kayu daripada sinaran matahari juga boleh membantu menjaga kualitinya. 

2. Hindarkan sinaran matahari

Tidak dinafikan terdapat banyak kebaikan ruang rumah anda dimasuki sinaran matahari namun jika perabot terkena cahaya terlalu lama ia akan menyebabkan warna kayu perabot cepat pudar.

Sebaiknya hindarkan dan minimumkan perabot kayu anda terkena sinaran matahari selain meletakkannya ditempat yang kurang cahaya.

3. Elak letak barang

Sekiranya anda menggunakan meja makan kayu pastikan tiada mangkuk panas diletakkan secara langsung dan sebaiknya gunakan pelapik makanan.

Ia bukan sahaja meninggalkan bekas pada meja kayu anda malah akan membuatkan perabot anda cepat reput.

4. Gilap guna pengilat kayu

Penggunaan bahan pengilat kayu bukan sahaja menjaga kualiti dan warna kayu agar kelihatan cantik tetapi ia sebenarnya menambahkan lapisan di atas kayu bagi memastikan ia tahan lebih lama.

Pengilat kayu juga boleh mencantikkan kembali perabot kayu anda. 

5. Guna uncang teh

Kekerapan menggunakan bahan pengilap kayu boleh mengubah warna asal perabot anda. Bagi menghilangkan kesan itu, rendam dua uncang teh dalam air panas dan selepas ia sejuk gunakan kain lembut untuk membersihkan perabot kayu.

"Asid tanik yang terdapat dalam teh akan membantu membersihkan pengilat lama dan memelihara keaslian kayu.

6. Campuran air panas dan sabun

Selain air teh, campuran air panas dan sabun pencuci mampu menghilangkan kotoran pada perabot kayu anda namun pastikan selepas menyental kotoran ia dilap sehingga kering.

Perabot, Kayu, Teh

Artikel Lain