BUKAN semua, tapi kebanyakan generasi hari ini menganggap media sosial termasuk Instagram sebagai sebahagian daripada kehidupan. Walaupun ia hanya platform untuk melihat dan memuat naik foto-foto bersama sedikit maklumat di ruangan kapsyen, ramai yang seakan-akan ketagih dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu 'unfollow' kalau tak suka akaun Instagram rakan, tekan sahaja butang 'mute' Belum tentu apa yang ditunjukkan itu betul, pernahkah anda terfikir kenapa Instagram begitu mempengaruhi ramai orang? 1. Kesempurnaan 'fake' Menerusi Instagram, kecenderungan untuk membandingkan diri sendiri dengan orang lain sangat mudah muncul. "Kehidupan orang lain nampak lebih cool, jadi amat mudah untuk kita berasa kehidupan sendiri kurang okey dalam banyak aspek," kata seorang Influencer dari Berlin, Jerman Victoria van Violence. Jika manusia mendapat notifikasi bahawa postingnya disukai, sistem penghargaan di otak akan aktif. Padahal gambar yang ditunjukkan adakalanya sangat jauh dari kenyataan dan itu bukan lagi jadi rahsia. Jadi mengapa susah sangat nak tinggalkan Instagram? Jawapannya kerana ingin cepat merasai kepuasan. Menurut Instagram, penggunanya kini mencecah lebih 500 juta sehari. Apa yang berlaku kepada otak apabila kita menggunakan Instagram? Pakar ilmu saraf dari Amerika Syarikat, Dar Meshi telah menguji pengguna media sosial dengan MRI (Magnetic Resonance Imaging). Hasilnya, jika manusia mendapat notifikasi bahawa postingnya disukai, sistem penghargaan di otak akan aktif. Sama juga halnya jika kita diberi makan, minum, duit atau berasa puas hati selepas makan ubat. Laman sosial sebenarnya ada kebaikan termasuk peluang untuk berhubung dengan orang lain. 2. Sukar menentukan batasan Ramai yang gembira dengan media sosial kerana melaluinya, kita dapat berhubung dengan ratusan atau ribuan orang tanpa perlu keluar rumah. Meshi berkata belum pernah ada ibu bapa yang kehilangan hak mengurus anak kerana terlalu lama menggunakan media sosial. Tetapi ada orang yang susah tidur, sukar memberi tumpuan, malah kehilangan pekerjaan kerana tidak boleh meninggalkan media sosial untuk jangka waktu yang lama. Sihat atau tidak? Pakar percaya pengguna aktif yang mendapat respons baik daripada pengguna lain lebih berasa selesa berbanding pengguna pasif. Dalam hal membandingkan diri dengan orang lain, profesor etika media, Petra Grimm berkata: "Jadi masalah jika setelah buat perbandingan, seseorang itu menurunkan nilai dirinya sendiri atau menetapkan orang lain lebih hebat." Sikap suka membandingkan diri dengan orang lain juga menyukarkan pengguna muda menemui jati diri. Gunalah teknologi dengan sebaik-baiknya. Bagaimana dengan kanak-kanak? Grimm melihat kelemahan dalam pendidikan di sekolah. Ini kerana katanya, langkah pencegahan harus diambil sambil menambah guru-guru harus menerangkan mengenai strategi bisnes di sebalik media sosial. Murid juga harus diberikan maklumat dan peluang tindak balas media sosial. Influencer van Violence menekankan: "Jika tidak mempunyai hubungan dengan orang lain di dunia nyata, kita sebenarnya tidak mempunyai apa-apa pun." 3. Setiap manusia harus tahu atur penggunaan media sosial Sama ada Influencer van Violence, mahupun pakar Grimm dan Dar Meshi, mereka tidak menyebut media sosial sesuatu yang buruk sepenuhnya. Mereka menyebut ia sebagai satu peluang unik untuk berhubung dengan orang lain. Tetapi kita boleh dan harus menentukan sendiri bagaimana perlu menggunakan media sosial. Orang yang buatkan diri kita sedih, jadi tidak perlu diikut lagi, katanya. -The Wire