suria

Jangan hanya tahu pasang tapi jarang selenggara, ketahui 5 sebab kenapa perlu kerap cuci penulen air

Pemasangan sistem penulen air bukanlah penyelesaian akhir untuk mengatasi kebimbangan mengenai tahap kebersihan air, namun apa yang penting adalah memastikan ia kekal berfungsi dengan cekap.

KETIKA ini, boleh dikatakan kebanyakan rumah memiliki sistem penulen air bagi memastikan bekalan air yang digunakan setiap hari terjamin kebersihannya.

Pemasangan penulen air di rumah sememangnya memberi faedah untuk kesihatan, di mana ia menyediakan air yang berkualiti, bebas klorin serta bebas bahan tercemar lain yang boleh membahayakan tubuh manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Manjakan diri bukan tidur sahaja... 7 tip ini pasti buat hujung minggu anda menyeronokkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 10 fakta unik tentang kopi, boleh jadi punca perceraian!

Namun, pemasangan sistem penulen air bukanlah penyelesaian akhir untuk mengatasi kebimbangan mengenai tahap kebersihan air.

Sebaliknya apa yang penting adalah memastikan sistem penulen air yang digunakan kekal berfungsi dengan cekap.

Sebagaimana kereta yang tidak sering diservis, penulen air juga tidak akan berfungsi dengan baik tanpa penyelenggaraan mengikut jadual.

Coway Lady (CODY) telah dilatih untuk memberikan perkhidmatan penyelenggaraan mengikut jadual. 

Bagi mengekalkan fungsinya supaya sentiasa cekap, adalah penting untuk memastikan penulen air diservis tepat pada waktunya, sebagaimana yang dilakukan oleh Coway Lady (CODY), pakar perkhidmatan Coway yang telah dilatih untuk memberikan perkhidmatan penyelenggaraan mengikut jadual tanpa memerlukan anda untuk mengingati tempoh tukaran penapis atau penyelenggaraan.

Berikut adalah lima sebab mengapa kita perlu menyelenggara penulen air dengan kerap:

1) Memastikan produk berfungsi dengan cekap

Dengan menggantikan penapis air, ia dapat memastikan sistem penapisan air berfungsi dengan cekap untuk menyingkirkan bahan toksin yang memudaratkan kesihatan dan memastikan air minuman anda bersih dan berkualiti tinggi.

2) Mengelak produk rosak 

Penyelenggaraan penulen air yang kerap boleh mengelakkan kegagalan produk kerana kerosakan kecil produk dapat dikesan dan diperbaiki secepat mungkin lalu mencegah masalah yang tidak dapat diperbaiki atau berkos tinggi.

3) Mengekalkan kualiti air

Untuk memastikan penulen air anda dapat berfungsi menapis bahan tercemar yang berbahaya, penyelenggaraan amat diperlukan. Jika penyelenggaraan tidak dijalankan, air yang digunakan tidak akan melalui proses pembersihan yang berkesan lalu menghasilkan air yang berkualiti rendah.

Penyelenggaraan penting untuk dilakukan dengan kerap agar kualiti air sentiasa terjamin.

4) Kecekapan kos

Penggunaan penulen air yang sentiasa diservis dapat menjimatkan wang anda kerana anda tidak perlu kerap membeli penulen air yang baru.

5) Kesihatan pengguna

Akses kepada air yang bersih adalah penting untuk memastikan fungsi tubuh yang baik kerana tubuh memerlukan air yang bersih untuk penghidratan dan detoksifikasi. Air yang bersih membantu sistem badan berfungsi dengan elok, mengurangkan risiko penyakit dan membantu dengan peningkatan sistem imun yang kuat demi melawan kuman, bakteria dan jangkitan.

penulen air, selenggara, Coway

Artikel Lain