suria

Hello bakal pengantin akhir tahun... Kalau dah plan photoshoot outdoor, jangan lupa bawa selipar tau!

Sesi penggambaran foto perkahwinan perlu dirancang dengan teliti.

KETIKA ini pasti ramai pasangan yang berdebar-debar menantikan hari bahagia untuk disatukan sebagai suami-isteri.

Dalam debaran itu, pasti juga ada yang berhadapan dengan pelbagai situasi mencemaskan bagi memastikan semua urusan dan perjalanan hari penting itu tiada sebarang insiden tidak diingini.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian bakal pengantin! Jangan main tangkap muat, ketahui tip pelamin menawan

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin wajib baca! 5 key person ini dapat melancarkan majlis perkahwinan anda

Seperti kebanyakan pasangan pengantin, sesi mengambil gambar outdoor untuk dijadikan kenangan bergelar raja sehari antara perkara wajib selepas selesai kenduri kahwin.

Tetapi dalam kesibukan menguruskan perkara lain, ramai bertindak menyerahkan 100 peratus kepada jurugambar yang diupah tanpa mengambil tahu tentang konsep, tema serta lokasi untuk merakam momen indah itu nanti.

Menurut jurugambar perkahwinan yang dikenali sebagai Hafiz, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pasangan bagi memastikan sesi penggambaran terutamanya di kawasan luar dapat dilakukan dengan baik.

Pasangan juga perlu memberi idea bagi memastikan konsep gambar diinginkan dapat dilaksanakan oleh jurugambar. 

1. Elak lokasi terlalu jauh

Pasangan pengantin perlu mengambil kira faktor jarak lokasi berlangsungnya perkahwinan dengan tempat penggambaran bagi mengelak sebarang masalah seperti kesesakan lalu lintas serta cuaca tidak menentu pada hujung tahun.

Paling penting katanya, jika pemilihan lokasi penggambaran terlalu jauh, bimbang akan terlepas 'golden hour' dalam merakamkan foto istimewa anda.

2. Bincang dengan jurugambar

Pasangan tidak sepatutnya melepaskan tangan dan membiarkan jurugambar membuat semua keputusan untuk anda termasuk lokasi dan konsep photoshoot.

Sebaik-baiknya berbincang tentang idea, lokasi malah warna busana anda dengan jurugambar agar mereka boleh memberikan idea kerana tidak semua rona pakaian sesuai dengan lokasi tertentu.

Selipar boleh menjadi penyelamat ketika sesi penggambaran. 

3. Bawa selipar!

Bagi yang melangsungkan perkahwinan akhir November dan Disember ini, ingat cuaca tidak menentu dan sering hujan. Jadi apabila nak shoot outdoor, jangan lupa bawa payung, tuala kecil, kipas tangan, tisu dan selipar. Bimbang lokasi berlecak dan kotor, menjinjitlah nanti pakai heels tu.

4. Hand bouquet

Jangan sewenang-wenangnya melemparkan hand bouquet anda kepada tetamu selepas bersanding! Simpan dan jangan rosakkan untuk digunakan ketika sesi penggambaran.

Walaupun ia nampak macam tidak penting, ia boleh memberi impak besar kepada gambar yang diambil.

5. Selepas Asar waktu terbaik!

Menurut Hafiz, waktu terbaik untuk mengambil gambar outdoor adalah sekitar pukul 4.30 petang dan ke atas. Ini kerana pada waktu ini pencahayaan normal sangat on point.

Pengantin, Perkahwinan, Jurugambar

Artikel Lain