suria

Starbucks buka cawangan ke-300, rebut peluang beli Frappucino hanya 30 sen!

Bersempena pembukaan kafe ke-300 Starbucks di Bukit Bintang, cawan kedua Frappucino dijual pada harga 30 sen!

STARBUCKS Malaysia telah membuka kafe ke 300 sejak jenama kopi popular itu memasuki pasaran Malaysia.

Terletak di persimpangan sibuk Bukit Bintang, pembukaan Starbucks Reserve adalah tepat untuk menghubungkan rakyat Malaysia menerusi kopi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersenarai ke-4 di dunia, bahasa isyarat kaedah komunikasi cawangan terbaharu Starbucks di Pulau Pinang

Mengambil inspirasi daripada warisan dan kepelbagaian budaya Malaysia, Starbucks Reserve Bukit Bintang menawarkan pengalaman berbeza kepada pelanggan.

Dekorasi Starbucks Reserve di Bukit Bintang cukup mengagumkan. 

Di sini juga pelanggan dapat merasai kesenian pembuatan kopi, inovasi minuman sejajar dengan 20 tahun Starbucks di negara ini.

Menarik di Starbucks Reserve, pelanggan boleh merasai pengalaman kopi Arabica yang terpilih dari seluruh dunia melalui mesin pembuatan kopi seperti Siphon, Chemex dan Por Over.

Di cawangan ini juga, akan menampilkan mesin espresso Black Eagle untuk minuman unik berasaskan espresso yang direka khas oleh Starbucks Coffee Masters berpengalaman.

Jangan malu menyapa barista yang bergaya dengan apron hitam eksklusif mereka!

Staf di Starbucks Reserve.

Sebagai menghargai sokongan pelanggan, ada berita baik buat penggemar kopi Starbucks.

Pada 30 November ini bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari, anda berpeluang membeli cawan kedua Frappucino hanya dengan RM0.30 sen dengan pembelian daripada seleksi Frappuccino.

Starbucks turut melancarkan edisi terhad '300th Starbucks Store Thermos' yang dijual di semua cawangannya di seluruh Malaysia.

Ia dijual pada harga RM178.

Artikel Lain