suria

Tak ingat apa yang anda mimpikan malam tadi? Ini sebabnya...

Rupanya ada sebab mengapa kita tidak dapat mengingati butiran mimpi yang dialami ketika tidur.

SETIAP daripada kita pasti pernah mengalami mimpi ketika tidur, bukan?

Meskipun ramai menganggap ia hanyalah sekadar 'mainan' tidur, tetapi ada juga percaya bahawa setiap mimpi itu membawa petanda.

Tetapi dalam banyak keadaan - sampai ada yang berpeluh dan sesak nafas kerana bermimpi dikejar penjahat, kita pasti tidak dapat mengingati butiran terperinci mimpi tersebut. Perasan tak?

ARTIKEL BERKAITAN: Nak berkepit 24 jam, ‘clingy’ tanda si dia obses dengan anda!

Menurut pakar tidur, jika kita tidak mampu mengingati isi kandungan mimpi, itu adalah disebabkan kita mengalami fasa tidur dipanggil Rapid Eye Movement (REM).

Jika terjaga secara mengejut atau disebabkan alat penggera, biasanya anda tidak akan mengingati butiran mimpi.

Pada fasa ini, aktiviti otak akan meningkat, denyut jantung akan bertambah laju serta mata bergerak-gerak.

Mimpi terjadi disebabkan peningkatan aktiviti otak ketika tidur atau dalam sesetengah kes ia berlaku kerana otot di dalam otak mengalami kelumpuhan sementara yang disengajakan.

Jika kita terbangun bukan pada fasa tidur REM (fasa tidur nyenyak), biasanya kita akan sukar mengingati butiran mimpi yang berlaku sebelum itu.

"Jika kita terbangun disebabkan gangguan daripada bunyi alat penggera atau mesej di telefon serta mengejut, kita biasanya akan lupa tentang apa yang kita mimpi," kata Tore Nielsen seorang pakar mimpi dari Universiti Montreal, Kanada.

Tore menambah, adakalanya kita tidak mengingati mimpi kerana isi kandungannya tidak menarik.

Bagaimanapun katanya lagi, jika keadaan itu sering berlaku serta mengalami mimpi buruk, seseorang itu sepatutnya memperbaiki kualiti tidur mereka.

Mimpi, Tidur, Alat Penggera

Artikel Lain