KUCING bukan sahaja comel dan manja malah ia adalah haiwan yang sangat pembersih sehingga Rasulullah S.A.W. menekankan dalam beberapa hadis bahawa ia bukan najis. Malah kita dibenarkan untuk mengambil wuduk menggunakan air bekas minuman kucing. Kucing mungkin tidak suka kepada air tetapi disebabkan ia tempat paling subur dalam pertumbuhan bakteria dan si bulus tidak mahu ia berpindah ke tubuhnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Mengaku cat lovers tapi tengok kucing jalanan nampak jijik, rasis sangat” - Si bulus pun jadi mangsa pilih kasih... jangan pandang yang bulu lebat je! ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah kucing takut dengan botol air sirap? Tidak hanya itu, ketika membuang air kecil dan besar juga, kucing sangat beradab dan menjaga kebersihan dan tidak akan berak di merata tempat. Atas sebab itu, sebagai individu yang memelihara kucing, kita perlu menyediakan tempat dan keperluan sesuai untuk ia melunaskan 'hajatnya' dengan tenang. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyediakan tandasnya termasuklah; Kucing juga menjaga adab ketika ingin membuang air besar. 1. Tempatkan bekas tandasnya di tempat yang tenang, jauh dari sumber bunyi dan gangguan. Bagaimanapun tempat gelap dan lembap seperti bilik bawah tanah perlu dielakkan. 2. Pastikan bekas yang disediakan mudah diakses oleh kucing bagi membolehkan kucing bebas bergerak terutamanya selepas ia selesai dengan urusannya. 3. Biasanya kita akan letak bekas itu disudut rumah - ia bukan idea bernas kerana ia boleh membuatkan kucing stres kerana tidak dapat bergerak bebas. 4. Kucing akan menimbus najisnya dengan pasir tetapi pastikan anda mengeluarkannya daripada bekas agar sentiasa bersih dan membuatkan kucing anda berasa selesa. 5. Pastikan anda tahu apa kehendak kucing dan perhatikan sama ada ia selesa dengan 'tandasnya' atau pun tidak. Dengan ini, anda boleh menukar bekas atau jenis pasir yang digunakan. 6. Memandangkan kucing akan berak dua atau tiga kali sehari (pagi, petang atau lewat malam), pastikan anda membuang atau menukar pasir baharu agar kebersihan tandasnya terjaga. Sesetengah kucing agak cerewet jika tandasnya itu kotor.