suria

Awas, 'kaki' TikTok sila ambil perhatian!

Aplikasi TikTok menjadi platform utama pengguna berkongsi video.

TIKTOK antara aplikasi media sosial yang paling hot hari ini.

Percaya atau tidak aplikasi ini bukan sahaja digemari golongan remaja, malah dewasa juga seronok bermain TikTok yang menyediakan pelbagai ragam melalui perkongsian video.

Ada yang tampil dengan ragam kelakar, serius dan sebagainya. Namun awas ya, aplikasi ini boleh menjadi negatif sekiranya ia disalah guna.

ARTIKEL BERKAITANBengang WhatsApp tidak dibaca? Ikut tip mudah bongkar rahsia tiada 'blue tick'

Anda perlu bijak menggunakan aplikasi ini supaya identiti anda tidak disalah guna oleh orang lain.

Demi keselamatan, beberapa tip di bawah ini boleh membantu anda selesa dan selamat ketika berkongsi video sendiri.

Aplikasi TikTok menjadi kegilaan pada masa kini.

Pilih nama akaun yang kreatif

Jangan gunakan maklumat peribadi seperti tarikh lahir, alamat, emel, atau nombor telefon di akaun anda.

Maklumat tersebut boleh membuat orang lain mengetahui maklumat peribadi anda tanpa kebenaran.

Mereka boleh mencari nama anda atau maklumat tambahan lain di Internet berdasarkan maklumat tersebut dan ia boleh disalah guna.

Kata laluan

Jangan gunakan kata laluan yang telah digunakan di platform lain.

Gunakan kata laluan yang sukar diteka oleh orang lain.

Kerap tukar kata laluan. Jangan berkongsi kata laluan dengan orang lain.

Pastikan anda membuat tetapan privasi dan menukar kata laluan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Tetapan privasi

*siapa yang boleh melihat profil anda

*siapa yang boleh menghantar mesej terus kepada anda

*siapa yang boleh memberi komen mengenai video anda dan

*siapa yang boleh berduet dan bertindak balas terhadap video anda.

Muat naik

Lokasi video yang anda post dan orang yang muncul di dalamnya boleh dikenali oleh individu yang menonton video anda.

Berhati-hati apabila memaparkan orang lain di dalam video, serta menunjukkan latar belakang atau hal-hal lain yang boleh dikenali.

Apabila anda merakam video, orang lain yang secara tidak sengaja dapat masuk dan ia boleh mengganggu privasi mereka.

Jangan merakam video di tempat berbahaya, di tempat orang lain tanpa izin atau di tempat terlarang.

Anda berhak memilih siapa yang boleh melihat video yang dimuatnaik.

Mesej secara langsung

Ada kemungkinan pengguna lain menghantar kepada anda mesej yang tidak baik atau negatif.

Jangan berkongsi maklumat peribadi dalam mesej dengan individu yang lain.

Jangan teragak-agak untuk menyekat dan melaporkan pengguna yang menghantar mesej tidak baik dan negatif.

Laporkan kandungan negatif

Sila baca Garis Panduan Komuniti untuk mengetahui kandungan atau tindakan yang tidak dibenarkan di aplikasi TikTok.

Hak cipta adalah hak yang dimiliki seseorang untuk menggunakan video, gambar atau kandungan yang lain untuk mengekspresikan idea dan kreativiti.

TikTok, Tip, Hati-Hati, Video

Artikel Lain