suria

Bengang WhatsApp tidak dibaca? Ikut tip mudah bongkar rahsia tiada 'blue tick'

Ada sesetengah individu menutup penggunaan blue tick yang sekaligus menyukarkan penghantar untuk mengetahui sama ada mesej itu sudah dibaca atau tidak.

APLIKASI sembang WhatsApp diperkenal untuk memudahkan pengguna berhubung antara satu sama lain.

Lebih menarik lagi, ia juga mudah digunakan dengan kata lain sebagai friendly user.

Namun ada juga individu yang mengambil sambil lewa terhadap sebarang mesej yang diterima.

ARTIKEL BERKAITAN:  Signal dijangka pesaing utama WhatsApp

ARTIKEL BERKAITAN: Cepat! Ambil langkah keselamatan elak WhatsApp digodam

Bagi pengguna WhatsApp, single tick bermakna mesej sudah dihantar, double grey tick bermaksud mesej sudah diterima dan belum dibaca, manakala blue tick pesanan anda sudah dibaca.

Ada juga sesetengah individu yang tidak menutup penggunaan blue tick yang sekaligus menyukarkan penghantar untuk mengetahui sama ada mesej itu sudah dibaca atau tidak.

Mesej menerusi rakaman suara antara langkah berkesan untuk mengetau sama ada mesej sudah dibaca tau tidak di Whatsapp.

Bagaimanapun jika anda ingin tahu sekiranya penerima sudah membaca atau tidak mesej yang dihantar, beberapa teknik dibawah ini boleh merungkaikan persoalan itu.

*Buka paparan WhatsApp individu yang dihantar mesej yang menutup 'read receipt'.

*Hantar rakaman suara kepadanya.

*Jika individu tersebut mendengar rakaman suara yang dihantar, ikon mikrofon akan menjadi biru dan bermakna individu itu telah membaca mesej anda, namun tidak membalasnya.

Ia merupakan langkah atau kaedah terbaharu bagi pengguna WhatsApp untuk mengetahui sama ada penerima mesej itu sudah membaca atau tidak.

WhatsApp, Blue Tick, Rakaman Suara

Artikel Lain