suria

Rumah bau busuk? Arang, oat antara 7 benda bantu selesaikan masalah anda

Arang dan oat dapat membantu menghilangkan bau rumah yang busuk.

TABIAT menyidai baju di dalam rumah, malas membuang sampah antara sebab kediaman anda berbau kepam! Nak pula kalau pengaliran udara dalam rumah tidak bagus... memang boleh buat loya!

Jika dibiarkan, bau itu akan menggangu ketenteraman apabila berada di rumah, apatah lagi kalau ada tetamu bertandang, apa pula kata tetamu yang datang?

Mungkin anda rasa membazir untuk membeli penyegar rumah kerana harganya mahal tapi tahukan anda terdapat pelbagai bahan yang ada di dapur anda dapat bantu menghilangkan bau busuk rumah?

ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian tetap berbau selepas dicuci? Ini 4 sebabnya

Jom check out, tujuh bahan tersebut;

1. Oat

Sampah yang tidak dibuang boleh menyebabkan baunya melekat selama berhari-hari dalam rumah! Tapi tak mengapa, ambil beberapa genggam oat dan taburkan dalam tong sampah anda.

Oat mempunyai kemampuan menyerap kelembapan dengan baik termasuk bau busuk di sekeliling anda.

2. Pelembut pakaian

Pelembut pakaian bukan saja boleh mewangikan pakaian anda tetapi juga kediaman anda! Mudah, tuang satu penutup pelembut pakaian dalam air mendidih dan letak pada ruang yang berbau busuk.

Aroma dari pewangi pakaian akan tersebar ke seluruh rumah anda. Kalau rajin, gunakan air tersebut untuk mengelap lantai rumah anda.

3. Minyak essenstial

Jika tidak mempunyai diffuser, tidak mengapa kerana anda hanya perlu titiskan dua ke tiga titik minyak essential ke dalam air mendidih dan biarkan wapnya tersebar ke segenap ruang rumah anda.

Ia bukan sahaja mampu menghilangkan bau busuk tetapi juga memberi ketenangan kepada anda seisi keluarga.

4. Ekstrak vanilla

Titik ekstrak vanilla di atas span dan rendamkan ia dalam air panas dan nikmati aroma semerbak di dalam rumah anda!

5. Kulit epal dan kayu manis

Masak kulit epal dan kayu manis bersama air sehingga menggelegak dan baunya naik. Matikan api dan biarkan aromanya tersebar di seluruh rumah.

6. Lemon


Lemon memang cukup terkenal sebagai agen penghilang bau. Caranya mudah, belah lemon kepada dua bahagian dan sumbat garam ditengahnya. Letakkan di atas piring dan letakkan di tengah rumah anda. Lemon dan garam akan menyerap bau busuk.

7. Arang

Isi arang dalam kain kapas dan letakkan di tempat yang menjadi sumber bau busuk. Ia bukan sahaja hilangkan bau busuk tapi membunuh bakteria malah bertahan lama.

Rumah, Bau, Lemon, Oat, Kayu Manis

Artikel Lain