suria

Angkara dengki... Ibu merana cekik diri sendiri, ayah keluar bilik berwajah pucat

Ilmu hitam adalah amalan yang dilarang dalam Islam kerana ia perbuatan syirik. - Gambar hiasan,

KISAH mengenai amalan ilmu hitam memang sinonim dengan masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi kepercayaan syirik banyak berlaku di kampung.

Benar atau tidak, hakikatnya ia perbuatan ini memang berlaku disebabkan wujudnya perasaan iri hati atau dendam yang melampaui hukum alam.

Seorang gadis yang lebih selesa digelar Angah berkongsi kisah sedihnya apabila ibu sendiri berdepan dengan situasi menakutkan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap sungguh makan nasi goreng percuma... esoknya lalu hanya ada semak tepi lebuh raya

ARTIKEL BERKAITAN: Bunyi orang menaip, dijenguk tiada manusia... Kaki pemuda bengkak angkara mulut cabul terkena tulah

Masih segar dalam ingatan wanita berusia 38 tahun ini biarpun kenangan pahit itu sudah lama berlalu.

Pengalaman ini dikongsi agar ia menjadi pengajaran buat orang lain yang mungkin berhadapan dengan masalah serupa.

Kisah bermula 23 tahun dahulu ketika dia berusia 15 tahun dalam persediaan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Angah memberitahu, dia berasal dari sebuah kampung di bahagian Selatan tanah air dan bertuah dilahir dalam keluarga yang sederhana, namun penuh dengan kasih-sayang.

"Ketika itu ayah bekerja di sebuah kilang sebagai penyelia. Gaji yang ayah terima agak lumayan ketika itu, dan mampu menampung perbelanjaan harian serta keperluan seluruh keluarga kami.

Gambar hiasan mangsa tidak sedar diri.

"Ayah juga dikenali sebagai seorang yang ramah dan suka membantu orang di kampung menderma makanan serta mengeluarkan sumbangan kecil setiap kali terima gaji.

"Malangnya kebaikan ayah itu tidak disenangi segelintir individu di kampung saya," jelas anak sulung daripada tiga adik beradik ini.

Ibu mula sakit

Jelas Angah, kehidupan keluarganya mula berubah apabila ibu tiba-tiba jatuh sakit.

"Pada suatu malam, ketika saya sedang mengulang kaji pelajaran selepas Maghrib, tiba-tiba saya tengok ibu melambai-lambai tangan kanannya ke arah saya.

"Manakala tangan kirinya seperti mencekik leher sendiri. Saya terkejut dan terus mendapatkan ibu. Ketika itu saya tengok muka ibu sudah berubah, mata terbeliak ke atas.

Paling menakutkan apabila satu malam, ketika kami semua sedang tidur, ibu tiba-tiba menjerit. Sebelum kami buka lampu, saya lihat ada satu seperti bola cahaya dibaling ke arah ibu.

ANGAH

"Saya terus berlari keluar rumah memanggil ayah yang berada di surau berdekatan rumah.

"Beberapa orang surau turut datang. Ketika itu hanya Allah saja yang tahu perasaan sedih saya melihat ibu mencekik dirinya dan menggelupur.

"Kebetulan imam surau juga turut berada di situ dan mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Keadaan rumah saya turut bergema dengan bacaan ayat-ayat suci yang lain.

"Ibu terus menjerit tidak tentu arah. Ayah memegangnya sambil mengajarnya mengucap.

"Situasi itu berpanjangan hampir setengah jam," ujar Angah.

Bola cahaya, lembaga hitam

Sejak kejadian pertama itu, kami sekeluarga terus berikhtiar mengubat penyakit misteri ibu. Dari berjumpa dengan doktor sehinggalah kepada pengamal perubatan Islam.

"Suatu hari, kenalan ayah datang melawat ibu. Dia ni macam ada sedikit ilmu rawatan Islam dan memberitahu ibu telah disihir.

"Semua orang terkejut kerana saya rasa kami tidak ada sebarang masalah dengan orang di kampung atau tidak pernah bergaduh dengan sesiapa.

"Malah kawan ayah itu juga menjelaskan bahawa sebenarnya ada 'orang' itu dengki dengan kesenangan keluarga saya.

Angah mengakui barang sihir ditemui di sekitar rumahnya. Gambar hiasan.

"Dia sebenarnya 'tuju' kepada ayah, tetapi terkena ibu. Saya menangis sedih melihat derita ibu yang memang tidak menentu datang 'hantunya'.

"Malah sejak itu juga, ketakutan berada di rumah berseorangan mula melanda kami adik-beradik.

"Apa tidaknya... selepas pukul 12 malam, bumbung rumah saya seperti dilempar pasir halus. Kalau saya berjalan, pasir-pasir itu seperti mengiringi perjalanan saya di di sekitar ruang rumah.

"Paling menakutkan apabila satu malam, ketika kami semua sedang tidur, ibu tiba-tiba menjerit. Sebelum kami buka lampu, saya lihat ada satu seperti bola cahaya dibaling ke arah ibu.

"Ia terkena dahi ibu menyebabkan hujung kening dahi ibu bengkak.

"Bukan itu sahaja, ketika itu ayah juga keluar dari builiknya dengan muka pucat seperti tidak cukup darah. Rupa-rupanya ada insiden berlaku di bilik dia.

"Ayah beritahu dia dihempap seekor lembaga hitam, besar dan berbulu lebat. Memang menakutkan!" kata Angah.

Ikhtiar tanpa henti

Selepas kejadian ngeri itu, Angah menjelaskan dia sekeluarga pulang ke rumah nenek yang tinggal di kampung berdekatan.

"Tiada kejadian pelik sepanjang berada di rumah nenek. Dalam pada itu ayah terus berusaha memulihkan keadaan rumah dengan memanggil pengamal perubatan tradisional.

"Ayah juga memanggil orang surau membaca surah Yasin dan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Pada hari ketujuh bacaan Yasin itu dijalankan, kawan ayah saya memberitahu telah menemui sesuatu di tengah palang rumah kami.

"Bukan itu sahaja, di setiap bucu rumah sahaja tertanam benda-benda pelik bungkusan sebesar tiga jari tangan yang dibalut dengan kain kuning. Dalamnya itu ada seperti tanah, kaca, rambut dan duri.

"Malah lebih mengerikan sepanjang ibu sakit itu, di luar rumah saya dijaga rapi oleh lembaga berbulu besar yang dihantar oleh seseorang," katanya.

Rumah Angah selalu diganggu lembaga pelik. Gambar hiasan.

Ayah maafkan

Hampir sebulan selepas proses pemulihan rumah dan ibu, akhirnya semua terdedah.

"Kami tidak mahu tahu siapa yang melakukan perkara terkutuk itu kerana mahu menyelesaikannya dengan baik.

"Ayah hanya mahu ibu sembuh dan kehidupan kami sekeluarga bahagia seperti sebelum ini.

"Ayah beritahu dia maafkan semuanya. Ada juga bomoh yang datang menawarkan untuk 'hantar' lembaga dan ilmu hitam itu kepada tuannya agar menderita seperti ibu.

"Namun ayah tidak mahu terlibat dengan perbuatan syirik itu dan akhirnya diselesaikan dengan baik.

"Tiada lagi gangguan pelik - bola api atau baling pasir di bumbung rumah. Ibu pula kembali pulih.

"Namun lima tahun kemudian ibu meninggal dunia kerana penyakit jantung, manakala dua tahun selepas itu ayah pula meninggalkan kami kerana kanser. Al-fatihah untuk kedua ibu bapa kami," akhiri Angah. 

Ilmu Hitam, lembaga hitam, salah tuju, ibu

Artikel Lain