suria

Pemuda serik jadi rider selepas dapat panggilan misteri... seminggu demam sesat hantar barang

Ziman mendapat pesanan membeli barang dan menghantar ke sebuah pangsapuri. Gambar hiasan.

MASIH terbayang di benak fikiran Ziman Alias dengan kejadian ngeri yang dialaminya dua tahun lalu yang sehingga kini masih belum terungkai misterinya.

Jelas pemuda kelahiran Gombak berusia 25 tahun ini, pengalaman diganggu makhluk misteri ketika menghantar makanan di sebuah pangsapuri lama di Kuala Lumpur cukup mematangkan dirinya.

Tambah Ziman, sejak gangguan itu, dia kini lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah, perkara yang jarang dilakukan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak dihalau dari rumah, suami-isteri sanggup bantu... Sebulan kemudian terbongkar rahsia jahat di bilik tetamu Cari rezeki bantu keluarga

Menurut Ziman, sebaik sahaja menamatkan pengajian di peringkat diploma di sebuah kolej swasta di ibu kota, dia mengambil keputusan untuk bekerja secara sambilan sementara menunggu peluang lain dalam bidang pengurusan makanan.

"Saya tamat pengajian tiga tahun lalu. Sementara nak dapat pekerjaan sesuai, saya bekerja sebagai rider menghantar makanan di sekitar Kuala Lumpur.



Ziman bekerja sebagai penghantar makanan sementara menunggu peluang pekerjaan lain. Gambar hiasan.

Memandangkan ketika itu ayah baru membeli motosikal untuk saya kerana mendapat keputusan baik sepanjang pengajian, jadi saya gunakanlah untuk mencari rezeki membantu keluarga.

"Jadi saya cuba jadi penghantar makanan. Memang seronok dapat membantu orang lain, malah dalam masa yang sama saya dapat kenal dengan ramai orang.

"Lagipun kerja saya ini tak adalah susah sangat, dapat order terus hantar ke lokasi yang diminta," kongsinya kepada mStar.

Sampai sahaja di kawasan pangsapuri tu saya lihat keadaanya sunyi sepi. Macam tak ada penghuni. Saya fikir mungkin semua orang berada dalam rumah masing-masing.

ZIMAN ALIAS

Panggilan misteri Menurut Ziman, selain menjadi penghantar makanan dia ada juga menerima upah untuk menjadi 'personal shopper'.

"Jadi personal shopper lagi mewah kerana dapat upah yang agak lebih daripada biasa.

"Satu hari saya mendapat panggilan seorang wanita yang meminta membeli barang-barang dapur seperti telur ayam kampung, ayam dan beberapa barang lain lagi.

"Dia tawarkan saya upah sebanyak RM100 dan menghantar ke alamat yang diberikan di Gombak.

"Dengan gembira saya terus memecut dan membeli barang-barang itu seterusnya menghantar ke lokasi yang diberikan pukul 7.30 malam.



Ziman diganggu lembaga hitam ketika sedang mencari alamat rumah pelanggannya. Gambar hiasan.

"Sampai sahaja di kawasan pangsapuri tu saya lihat keadaanya sunyi sepi. Macam tak ada penghuni. Saya fikir mungkin semua orang berada dalam rumah masing-masing.

"Memandangkan lif pangsapuri ketika itu rosak, jadi dengan gigihnya saya guna tangga untuk ke tingkat empat.

"Sebaik sahaja sampai saya cuba cari rumah unit nombor 44, namun tak kelihatan. Jenuh saya pusing-pusing sekitarnya.

"Akhir sekali saya ketuk rumah lain dan bertanyakan alamat itu. Peliknya penghuni itu diam tanpa sebarang kata," jelasnya.

Tak sedarkan diri

Menurut Ziman, selepas hampir sepuluh minit di situ, dia merasakan badanya terlalu sejuk.

"Bulu roma saya meremang dari hujung rambut ke hujung kaki. Tangan menggelar dan berpeluh.

"Ketika itu di hujung koridor saya nampak bayangan hitam sedang merenung saya.

"Saya cuba menjerit tapi tak keuar suara. Saya cuba membaca ayat-ayat Al-Quran, namun saya hanya tahu baca Al-Fatihah sahaja.

"Selepas menjerit beberapa lama, saya rasanya badan seperti melayang dan terus tidak sedarkan diri," jelasnya

Serik

Susulan kejadian itu, Ziman hanya tersedar lebih kurang pukul 10 malam.

"Saya tersedar dari pengsan selepas mendengar telefon berdering. Rupa-rupanya ia panggilan daripada ayah saya. Saya terus angkat dan beritahu lokasi.

"Ayah datang dengan abang membawa saya terus ke hospital. Lebih kurang seminggu juga saya demam.

"Selepas itu baharulah saya tahu pangsapuri itu sudah lama tidak ada berpenghuni.



Selepas kejadian, Ziman baharu tahu bahawa pangsapuri itu sudah lama tiada penghuni. Gambar hiasan.

"Yang menjadi persoalan saya sekarang, siapa yang hubungi meminta saya membeli barang-barang itu. Saya cuba cari maklumat mengenai nombor telefon wanita misteri itu, malangnya tidak ada dalam perkhidmatan.

"Sejak itu memang saya terus berhenti jadi rider. Alhamdullilah kini sudah bekerja sebagai pembantu chef di sebuah restoran. "Dalam pada itu juga saya mula berjinak-jinak mendalami Al-Quran kerana sebelum ini hanya tahu baca Al-Fatihah sahaja," jelasnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain