suria

Kuku tajam merayap sehingga ke lengan... Patut la penduduk kampung di PD tidur awal, pukul 10 malam semua rumah dah sunyi

Beberapa hari datuk meninggal dunia, Fatimah diganggu dengan tangan misteri berkuku panjang.

BAGI yang tidak pernah mengalami diganggu makhluk halus, pastinya sukar untuk percaya mengenai kewujudan makhluk itu.

Berbeza pula dengan Fatimah, 25, yang pada mulanya tidak percaya dengan cerita-cerita mistik ini sehinggalah dia mengalaminya sendiri tiga tahun lalu.

Bagi Fatimah, sehingga sekarang dia masih dapat rasakan tangannya seperti digosok oleh 'benda' lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak dihalau dari rumah, suami-isteri sanggup bantu... Sebulan kemudian terbongkar rahsia jahat di bilik tetamu

Menurut wanita yang berasal dari Negeri Sembilan ini, kejadian yang dialaminya pada tahun 2017 itu selepas datuknya (atuk) meninggal dunia kerana sakit tua.



Fatimah diganggu ketika sedang tidur di rumah arwah datuknya. Gambar hiasan.

"Sejak atuk sakit tiga tahun lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung di Port Dickson untuk menjaganya sehingga dia meninggal dunia pada usia 80-an.

"Selepas atuk meninggal dunia, kami mengambil peluang menghabiskan masa di rumah pusaka itu sebelum pulang ke Melaka.

"Beberapa malam selepas itu, saya dan ibu tidur di salah sebuah bilik di rumah arwah atuk.

"Pada tengah malam, saya terjaga dari tidur kerana dapat rasa seperti tangan saya digosok atau dibelai oleh sesuatu. Saya dapat rasakan tangan misteri itu mempunyai kuku tajam (seperti kuku ayam).

"Pada mulanya saya tak kisah dan terus memeluk ibu, tetapi semakin lama, tangan itu seperti merayap ke lengan pula.

"Saya terus terbangun dan kejutkan ibu dan dalam masa sama tidak nampak apa-apa yang pelik.

Saya terjaga dari tidur kerana dapat rasa seperti tangan digosok atau dibelai oleh sesuatu.

FATIMAH

"Selepas tersedar tu, saya langsung tak boleh tidur sampai ke siang," kongsinya kepada mStar.

Terbongkar

Pada keesokan harinya, Fatimah berkongsi pengalaman seramnya itu kepada saudara mara yang lain.

"Mereka semua tidak terkejut kerana sudah lali dengan usikan misteri seperti yang sama alami.



Suasana di kampung amat sunyi ketika waktu malam. Gambar hiasan.

"Mereka juga memberitahu kampung saya ni memang ramai penunggu atau makhluk halus.

"Sebab itu kalau kat situ, pukul 10 malam semua rumah dah sunyi sepi kerana orang tidur awal.

"Makcik saya ada beritahu setiap rumah ada kisah yang berbeza-beza. Malah kalau rumah dua tingkat (rumah lama), bahagian di atas dan bawah ada penunggu yang berlainan berlainan.

"Memang buat saya lagi seram untuk tinggal lebih lama di situ.



Sehingga kini Fatimah masih trauma dengan kejadian pelik di rumah datuknya. Gambar hiasan

"Rupa-rupanya kampung saya ini memang dari dulu lagi mempunyai penunggu setia.

"So, saya rasa kampung ni memang 'mereka' punya dan kadang-kadang mengusik manusia itu hanya untuk memberi amaran kewujudannya di situ.

"Alhamdullah setakat ini tidak ada kejadian-kejadian yang pelik sehingga membahayakan nyawa manusia," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

makhluk halus, mistik, misteri

Artikel Lain