suria

Tongkat misteri peninggalan Tok Aki bergerak sendiri, bunyi pelik kejutkan cucu di rumah pusaka

Rumah pusaka arwah Tok Aki. Gambar hiasan.

MASIH terbayang lagi bagaimana tidur malam kami sekeluarga diganggu dengan bunyi ketukan lantai dan derapan kaki sehingga terpaksa berpindah ke rumah saudara terdekat yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Mengimbas kembali kisah misteri ini, Zuraimi Osman memberitahu, tongkat 'sakti' itu mahu mencari tuan baharu untuk menjaganya.

Menurut Zuraimi, 28, pada mulanya dia tidak percaya dengan kisah misteri atau tahyul yang berlaku dalam masyarakat sehingga kini, namun apabila terkena batang hidung sendiri dia kini lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

ARTIKEL BERKAITAN: Cicit lihat peristiwa pelik saat moyang nazak! Mata terbeliak, mulut ternganga... susah benar Oyang nak ‘pergi’

Tok Aki penyayang

Menurut Zuraimi, dia bersyukur kerana dikelilingi sebuah keluarga bahagia dan sempurna di matanya. Malah Zuraimi juga amat menyayangi Tok Akinya yang hidup keseorangan sejak nenek meninggal dunia hampir 20 tahun lalu.

"Tok Aki seorang yang tenang dan suka bercerita kisah-kisah hidupnya ketika muda remaja dan suka menyakat. Saya yakin sikap suka menyakat dalam diri saya adalah datangnya daripada Tok Aki.

"Antyara kegemaran saya ialah sikap suka menyakat orang terutama adik-beradik sendiri dengan cerita-cerita hantu. Suatu hari, kami sekeluarga berada di rumah Tok Aki (ketika itu dia masih hidup) dan mendengar ketukan dinding ketika mahu tidur. Pada masa itu, saya hanya gelak dan mengusik adik-adik saya.

"Sebenarnya setiap hujung minggu kami akan pulang ke Rawang, jumpa Tok Aki yang masih sihat biarpun usianya mencecah 89 tahun dan tinggal di rumah pusakanya ditemani makcik saudara saya (Maknik). Manakala saya dan keluarga tinggal di ibu kota.



Cincin suasa turut diserahkan kepada Zuraimi. Gambar hiasan.

"Pada tahun 2017, hubungan saya dengan Tok Aki semakin rapat dan setiap kali pulang ke kampung ada sahaja barang-barang lama seperti cincin suasa, tali pinggang, keris dan terakhir tongkat yang selalu Tok Aki guna ditunjukkan kepada saya.

"Ketika Tok Aki beritahu saya bahawa hidupnya mungkin tidak panjang, dan dia mahu semua hartanya diserahkan sebelum meninggal dunia.

"Tok Aki memang terkenal sebagai seorang yang penyayang dan dan turut boleh mengubat penyakit misteri dengan menggunakan tongkat itu.

"Tapi sudah lama Tok Aki tidak mengubat orang kerana badannya sudah tidak sekuat dulu," jelas Zuraimi.

Meninggal Dunia

Jelas Zuraimi, 29 Mei 2018 Tok Aki meninggal dunia ketika dalam tidur.

"Kami semua terkejut dengan kematian Tok Aki kerana sehari sebelum itu saya ada berbual dengannya menerusi telefon. Memang kami sekeluarga mahu pulang ke kampung pada hujung minggu.

Setiap kali balik ke kampung, Tok Aki akan menyerahkan barang-barang peribadinya termasuk tongkat.

ZURAIMI OSMAN

"Namun belum sempat nak bertemu Tok Aki dia sudah pergi. Kami terus pulang ke Rawang dan bersyukur majlis pengebumian Tok Aki berjalan lancar pada hari yang sama.

"Selepas tiga bulan pemergian Tok Aki, saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah pusaka itu seketika kerana terlalu rindukannya.

"Manakala Maknik saya kembali tinggal di rumahnya sendiri yang berhampiran," tambah Zuraimi.

Tongkak bergerak sendiri

Sepanjang berada di rumah arwah Tok Aki, Zuraimi mendedahkan dia mula dhantui dengan kejadian-kejadian pelik.

"Saya tidak pasti tetapi pada mulanya saya hanya biarkan sahaja kerana memang tak percaya dengan benda-benda karut macam tu.

"Tetapi setiap malam bunyi tongkat Tok Aki menghentak-hentak lantai dan kadang-kala ada terdengar seakan-akan orang menyeru nama saya.

"Pengalaman itu membuatkan saya terus menceritakannya kepada Maknik.

"Rupa-rupanya menurut Maknik, tongkat itu sedang mencari 'tuan baru'. Kata Maknik, arwan Tok Aki telah lama cuba membuangnya namun gagal kerana perlu ada tuan baru untuk jaga tongkat ini.



Tongkat peninggalan Tok Aki di tanam di dalam hutan berdekatan. Gambar hiasan.

"Tok Aki tidak ada pilihan lain selain memilih saya untuk jadi penjaga tongkat ini. Tapi, saya bertegas tidak mahu jadi penjaganya.

Ikhtiar tanam tongkat

"Bapa saya akhirnya mendapatkan nasihat pengamal perubatan Islam. Kami diminta memandikan tongkat itu dengan tujuh jenis bunga dari tujuh perigi surau berlainan sebanyak tiga kali malam Jumaat.

"Jadi, saya dengan gigih menyiapkan semua benda yang diminta dan selepas semuanya dibuat tongkat itu ditanam di kawasan hutan kerana asal kayu tongkat itu dari situ (hutan).

"Saya bersyukur kerana sepanjang upacara memandikan tongkat itu, tidak ada perkara pelik yang berlaku, kecuali kelihatan sedikit asap keluar ketika siraman pertama," akhiri Zuraimi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tok Aki, Tongkat, Misteri

Artikel Lain