suria

Lelaki berjubah di surau sekolah jadi punca, wanita dah beranak 2 pun 'dia' masih ikut sampaikan perkahwinan hampir musnah - “Ustaz kata jin jatuh cinta, nak bersama selama-lamanya”

Fakhrun berkongsi kisah kakaknya diganggu jin menerusi satu bebenang di Twitternya.

NYARIS bercerai gara-gara gangguan jin dalam badan.

Begitulah situasi dialami ibu kepada dua anak apabila tahun ketiga perkahwinannya bersama suami tercinta diuji dengan musibah ini.

Kisah dilalui wanita itu dikongsi adiknya menerusi satu bebenang di Twitter sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Dasim perosak rumah tangga... Ketahui cara elak hasutan iblis laknat ini

ARTIKEL BERKAITAN: Mandi bogel antara 14 perkara jadi punca jin dekati manusia

Menerusi perkongsian itu, pemuda dikenali sebagai Fakhrun turut bercerita pengalaman dia menguruskan kakaknya ketika diganggu jin beberapa bulan lalu.

Kakak Fakhrun ternampak seorang lelaki berjubah sewaktu hendak tiba di surau untuk melakukan solat tahajud. Gambar sekadar hiasan.

Menurut Fakhrun, kakaknya pernah mengalami kejadian pelik ketika belajar di sebuah sekolah menengah tinggi agama di Muar, Johor kira-kira 13 tahun lalu.

“Kakak saya ni boleh dikategori sebagai seorang yang warak. Bukan nak riak tapi ini memang kisah benar.. Dia solat tak tinggal, rajin baca Quran, tiap pagi bangun mesti buat tahajud. Ada satu hari tu dia bangun pagi nak buat tahajud.

"Surau agak jauh dengan bilik tidur perempuan sekolah tu. Bila dah sampai surau nak buat tahajud tiba-tiba dia nampak seorang lelaki wajah cerah tinggi berjubah bersih di saf lelaki yang baru nak solat.

“Jadi dia tak kisahlah sebab tak expect apa-apa dan terus ambil wuduk. Lepas ambil air sembahyang tak sampai berapa minit dia masuk surau tengok lelaki berjubah tu hilang. Jadi pelik kat situ, ” katanya.

Jelas Fakrun, pada awal perkahwinan kakak dan suaminya tiada sebarang masalah sehinggalah tahun ketiga rumah tangga mereka hampir musnah.

Rumahtangga kakak Fakhrun diuji pada tahun ketiga perkahwinannya dengan suami. Gambar sekadar hiasan.

“Benda kecil boleh jadi besar. Mereka hampir bercerai. Mereka selalu bergaduh sampai satu tahap kakak cakap dia benci sangat tengok muka suami dia.

“Satu hari tu kakak saya balik rumah famili kami di Johor Bahru. Malam tu kami lepak depan ruang tamu maklumlah rindu dia lama tak balik.

“Masa tu kakak cerita dia selalu mimpi buruk. Semuanya mimpi pasal binatang, kejap mimpi ular, kejap mimpi family ada bencana.

Jadi bermulalah komunikasi antara si jin dengan ustaz. Rupa-rupanya lelaki berjubah cerah putih yang kakak jumpa zaman sekolah dia tu lah jinnya. Dia kata jatuh cinta dan ingin bersama kakak buat selama-lamanya.

FAKHRUN.

Adik.

“Saya dengan mak peliklah dan rasa tak sedap hati. By the way kakak saya ni jenis pendiam dan buat hal sendiri, jarang bercerita dan luah perasaan dia, ” katanya.

Disebabkan perkara itu, Fakhrun berkata mereka merancang untuk menghantar kakaknya berubat di sebuah pakar perubatan Islam.

Belum pun tarikh temu janji, sesuatu pelik berlaku terhadap kakaknya.

Fakhrun terkejut apabila kakaknya tiba-tiba menjerit semasa memandikan anaknya. Gambar sekadar hiasan.

“Pukul 11 pagi Jumaat kakak tengah mandikan anak dia. Dalam toilet tu ada cermin besar. Tiba-tiba dia jerit kuat. Saya tengah syok tengok TV memang terkejutlah.

“Dia pangill ‘Angah! cepat Angah cepat! Saya dah cuak ingatkan apa-apa jadi kat anak dia. Saya datang dia suruh cepat ambil phone dan buka surah Ruqiah.

“Saya tunggu kat ruang tamu. Bila dia dah habis mandikan anak dia dan on the way ke bilik, kakak jerit lagi. Tapi kali ni jeritan lain sikit, ” katanya.

Panik dengan keadaan itu, Fakrun berkata dia secara spontan melaungkan azan dalam keadaan kaki menggigil ketakutan.

“Bila tengah azan tu dengan mata merah kakak pandang muka saya dengan reaksi marah. Ya Allah saya macam nak pitam.

“Dah habis azan kakak still meracau. Keadaan makin panik, saya terus call mak ayah yang tengah kerja. Lepas tu makcik jiran sebelah kanan rumah datang tolong.

Kakak Fakhrun kerap bermimpi buruk, adakalanya mimpi ular. Gambar sekadar hiasan.

“Dia tenangkan kakak. Waktu tu kakak menangis cakap dia sakit badan sebab tengah lawan. Saya tengok pun terseksa. Saya pun buka surah Ruqiah tapi kakak datang meja ambil phone terus baling, ” katanya.

Selepas insiden itu, Fakhrun berkata seorang ustaz datang merawat kakaknya.

“Tengah-tengah berubat tu saya tengok ustaz tu panggil jin tu masuk dalam badan kakak. Pandangan dari belakang dengan lengang lenggoknya badan kakak berjoget macam ke kiri ke kanan.

“Jadi bermulalah komunikasi antara si jin dengan ustaz. Rupa-rupanya lelaki berjubah cerah putih yang kakak jumpa zaman sekolah dia tu lah jinnya. Dia kata jatuh cinta dan ingin bersama kakak buat selama-lamanya.

“Bayangkan since zaman tu sampailah tahun 2020 berapa lama dah jin tu ada dalam badan kakak sampai dah beranak pinak. Ustaz pun keluarkan jin jantan dari badan kakak.

Ustaz memberitahu lelaki berjubah yang ditemui kakaknya semasa hendak ke surau pada zaman sekolah adalah jin yang sering mengganggunya. Gambar sekadar hiasan.

“Tapi yang keluar cuma ketua, konco-konco belum keluar lagi. Ustaz cakap nak keluarkan yang lain tu kena selalu solat, selalu mengaji untuk lemahkan semua jin tu, ” katanya.

Bagaimanapun Fakhrun lega apabila kakaknya semakin pulih berkat bantuan ustaz dan juga keluarga.

“Alhamdulillah keadaan kakak makin pulih. Jadi keadaan kakak dah kembali seperti biasa. Hubungan dengan suami pun dah OK.

“Ustaz pun datang balik rumah untuk pagar rumah saya. Jadi saya cerita perkara sebenar dan pengalaman saya sendiri. Tak ada kena mengena antara hidup ataupun mati.

“Sama-samalah kita jaga amalan kita InsyaAllah. Yakin bahawa Tuhan itu sentiasa ada di sisi kita, ” katanya.

Perkongsian Fakhrun mendapat 10,200 ulang kicau dan 19,000 tanda suka di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain