suria

Merana sehingga mati... Tergamaknya isteri masukkan darah dan ‘kepala tahi’ dalam makanan suami

Noreen mengaku ada bertemu dengan bomoh di negara jiran.

AKIBAT cemburu buta, seorang wanita berusia lewat 40-an mengambil jalan mudah untuk 'mengikat' suaminya daripada menjadi perhatian wanita lain.

Pengalaman pahit Noreen Khairuddin mengenai sikap tamaknya dahulu telah memakan dirinya sendiri akibat menggunakan sihir kepada suaminya, Azran (bukan nama sebenar) sehingga meninggal dunia.

Menurut Noreen, kisahnya ini berlaku 12 tahun lalu ketika kehidupan mereka berada di kemuncak kemewahan dengan memiliki seorang anak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Cicit lihat peristiwa pelik saat moyang nazak! Mata terbeliak, mulut ternganga... susah benar Oyang nak ‘pergi’

Jelas Noreen, dia berhenti kerja sebagai kerani sebuah bank di sebuah bandar Selatan tanah air apabila mengahwini seorang ahli perniagaan yang kenali ketika berurusan kerja.

“Azran seorang lelaki yang baik dan ketika itu usianya awal 40-an. Selepas enam bulan berkenalan, kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Kata Azran dia sudah memiliki segalanya dan hanya perlu pelengkap untuk hidup, iaitu saya.

“Selepas setahun berkahwin saya dikurniakan seorang anak lelaki dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan perhatian terhadap urusan rumah tangga.



Noreen mencampur darah di jari manisnya ke dalam minuman atau makanan suaminya. Gambar hiasan.

"Namun sejak berhenti kerja, jiwa saya tidak tenang setiap kali Azran keluar bekerja atau ‘out station’. Walaupun saya tahu dia seorang lelaki yang baik, namun hati tetap menafikannya.

"Sikap cemburu buta saya semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan rimas kepada suami," kongsinga kepada mStar.

Panas baran

"Setiap kali dia balik outstation kami pasti akan bergaduh kerana saya memberi tekanan kepada Azran dengan menyoalnya pelbagai soalan. Kadang-kala saya sendiri rasa sikap saya itu agak melampau.

"Dia hanya diam dan tenang sahaja melayan karenah baran saya itu. Selepas beberapa jam bertekak, hubungan kami kembali baik seperti tidak ada apa yang berlaku," jelas Noreen.

Bomoh menyuruh mencampurkan darah jari manis tangan kiri dan kepala tahi ke dalam makanan Azran.

Noreen Khairudin

Balik kampung jumpa bomoh

Kali ini Noreen tidak lagi bertekak dengan Azran sebaik sahaja kembali dari kerja luar, sebaliknya dia meminta izin untuk balik ke kampungnya di Perlis.

"Saya balik ke kampung ada misi sendiri. Saya sebenarnya pergi ke negara jiran berjumpa dengan bomoh. Saya minta bomoh itu buatkan suami supaya ikut sahaja cakap saya.

"Bomoh itu meminta saya masukan setitik darah dari jari manis tangan kiri dalam makanan atau minuman disamping beberapa mentera yang perlu diamalkan.

"Lebih teruk bomoh itu juga minta saya letak sedikit kepala tahi (selepas buang air besar) dalam makanan suami supaya dia akur dengan apa yang saya cakap.

"Ketika itu memang saya tak fikir panjang, ikut sahaja," kongsinya sayu.



Suami Noreen tidak mampu bergerak selepas mengamalkan ilmu sihir yang disarankan. Gambar hiasan.

Jatuh sakit

Selepas sebulan, Noreen nampak perubahan ketara pada suaminya.

"Dia langsung tidak keluar rumah dan menyerahkan tugas-tugas di pejabat kepada stafnya sahaja.

"Dia juga tidak tidur malam, dan hanya memanggil nama saya sahaja. Lama kelamaan Azran terbaring lesu seperti mayat hidup.

"Saya sedar itu semua berlaku kerana perbuatan syirik saya dan selepas memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapa saya dan kami mula mengubati Azran dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Selepas pelbagai ikhtiar Azran beransur sihat walaupun tidak sepenuhnya. Saya meminta ampun kepadanya dan menceritakannya apa yang jadi.

"Ketika itu saya nampak air matanya berjurai sedih dengan perbuatan saya. Sebaik sahaja dia mengangguk menerima maaf saya.



Noreen mengakui selain darah dijari, dia juga menggunakan najisnya untuk menundukkan suaminya. Gambar hiasan.

"Saya ketika itu meraung, menangis memeluk kakinya. Dia hanya tenang dan mengusap rambut saya tanpa sebarang kata-kata.

"Namun keesokannya ketika azan Subuh Azran memanggil saya buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafasnya terakhir," jelas Noreen.

Noreen mengakui sejak Azran meninggal dunia, dia sudah berpindah balik ke kampung keluarganya.

"Saya tidak boleh tinggal di rumah kami lagi. Terlalu banyak kenangan sedih. Sehingga kini perasaan menyesal itu masih ada dalam jiwa saya," ujarnya.

Perbuatan menggunakan khidmat bomoh adalah berdosa besar dan dilaknat Allah. Hanya kepada Allah sahaja tempat untuk setiap manusia memohon bantuan dan perlindungan.

Bagaimanapun jika seseorang itu bertaubat dengan ikhlas, Allah tidak akan menolak taubat seseorang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain