suria

Emas hilang selepas muncul depan mata, darah busuk atas lantai... Ayu nyaris jadi mangsa Tok Guru berselindung di sebalik imej agama

Kerana tamakkan harta dunia ada yang sanggup melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah. - Gambar Sekadar Hiasan

SUDAH beberapa tahun Ayu berasa tidak sihat tetapi bukan kerana ada masalah kesihatan sebaliknya dia berasa seperti ada sesuatu mahu sehidup semati dengannya.

Dalam erti kata lain, ada makhluk lain mahu menjadikan Ayu sebagai tuan (saka keturunan) namun kerana enggan menyekutukan Allah, Ayu terpaksa menanggung kesakitan tidak mahu menerima saka itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar hantu atas bangunan universiti tular... Pelajar buka cerita pernah diganggu - “Kepala tanpa wajah, suka bertenggek di tingkap bilik”

Enggan terus diganggu, Ayu mengambil keputusan untuk berubat di sebuah pusat perubatan Islam yang agak terkenal sebagai usaha membuang saka.

"Pada awalnya semua berjalan lancar, ada dua ahli perubatan yang menyoal saya beberapa soalan dan saya jawab semuanya.

"Mereka mengangguk tanda faham sebelum salah seorang perawat dikenali Tok Guru memberitahu ada saka kuat mahu bertuankan saya... Usia saka itu sudah beribu tahun berasal dari negara jiran.



Kononya mahu membantu membuang saka tetapi sebenarnya tok guru ingin ambil kesempatan. - Gambar Sekadar Hiasan

"Dakwanya saka itu kedudukannya seumpama ketua jin. Saka ini juga katanya sudah lama sukakan saya tetapi saya tidak izin kerana saya tidakmudah menerima apa-apa sogokkan dan imbuhan daripada mimpi," katanya.

Bagaimanapun kata Ayu, dia meminta saka itu dibuang kerana tidak mahu sebarang kaitan apatah lagi melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah.

"Ketika perawat itu melakukan acara membuang saka, mulutnya terkumat-kamit membaca apa pun saya tidak tahu tetapi ada saya terdengar ayat-ayat al-Quran.

"Tapi sebenarnya ketika saya melangkah masuk ke dalam rumah itu, mata saya dapat melihat bermacam-macam makhluk halus pelbagai rupa yang tidak tahu datang dari mana tetapi saya diamkan sahaja," katanya.

Bercerita mengenai saka itu, Ayu memberitahu ia berasal daripada keturunan keluarga sebelah ibunya yang telah wujud sejak sekian lama.

Mereka mahu saya bekerjasama untuk kepentingan dunia. Nak kaya dengna cara ghaib tanpa usaha dan daripada itu bermulalah episod saya diganggu setiap malam dengan pelbagai godaan dan ajakan dalam mimpi.

AYU

Namun saka tersebut telah dibuang oleh keluarga ibunya selepas neneknya memeluk Islam membuatkan ia tidak bertuan dan kini ia mahu 'bersatu' dengannya.

Perawat muncul dalam mimpi, emas berlonggok dalam bilik

Selepas selesai rawatan, Ayu memberitahu dia berasa pelik apabila individu yang merawatnya tadi muncul dalam mimpinya.

Dalam mimpi itu, lelaki berkenaan meminta mereka bergabung kerana dia memerlukan kelebihan dirinya serta mahukan harta dunia untuk hidup mewah.

"Saya terjaga dalam keadaan berpeluh-peluh dan terpinga-pinga... Dalam hati saya mengucap panjang selain berfikir apakah maksud lelaki itu. Saya terus ambil wuduk dan tidur kembali," katanya.

Ayu bagaimanapun terkejut apabila ketika dia bangun keesokan paginya, terdapat selonggok emas dalam tempayan di dalam biliknya.



Ayu sering didatangi mimpi pelik.

"Saya pelik macam mana benda itu boleh berada dalam bilik saya? Saya segera bangun dan mandi sebelum emas tersebut tiba-tiba ghaib.

"Lama saya termenung memikirkan kejadian itu sebelum saya teringat mimpi yang dialami malam sebelumnya dan saya mengesyaki ia ada kaitan dengan perawat tersebut," jelasnya.

Ayu berkata dia mula faham apa yang cuba dilakukan kepadanya iaitu cubaan 'memancing' dirinya untuk menerima saka sekali gus bergabung dengan mereka.

"Mereka mahu saya bekerjasama untuk kepentingan dunia. Nak kaya dengna cara ghaib tanpa usaha dan daripada itu bermulalah episod saya diganggu setiap malam dengan pelbagai godaan dan ajakan dalam mimpi.

"Sejujurnya saya tidak layan dan saya abaikan semuanya semata-mata demi Allah, saya langsung tak berminat," ujarnya.

Lantai dipenuhi darah pekat berbau busuk!

Selepas beberapa hari, Ayu memberitahu dia mendapat panggilan daripada salah seorang perawat yang memintanya datang ke pusat perubatan tersebut dengan segera.



Ayu tidak mahu terlibat dalam sebarang perkara yang menyekutukan Allah.

Ketika sampai ke sana, Ayu memberitahu dia terkejut apabila Tok Guru menawarkan untuk membuka hijabnya (melihat perkara ghaib) sampai langit ketujuh selain diajak menjadi ahli terpenting mereka.

"Dia memuji kebolehan saya dan terkasima dengan apa saya miliki tetapi dalam erti kata lain mereka mahukan saya kerana ingin hidup senang dengan cara mudah.

"Apabila saya tolak tawaran itu, tiba-tiba saya lihat lantai rumah dipenuhi darah pekat selain berbau busuk. Selain itu, ada makhluk yang mengerikan sebelum saya beritahu mahu pulang.

"Tawaran yang mereka berikan sangat jahat dan berselindung di sebalik penampilan yang nampak baik! Menyekutukan Allah itu berdosa besar dan saya tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang begitu," katanya.

Meskipun selepas itu Ayu mengalami pelbagai gangguan pelik namun katanya dia berdoa dan meminta kepada Allah agar menjaga imannya agar tidak tertunduk dengan hasutan manusia bertopengkan syaitan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain