suria

Rumah diketuk pintu terbuka, suami bergurau panggil masuk tapi tiada orang... Bermulalah episod duka keluarga ini

Hanum sering melihat kelibat makhluk halus di dalam rumahnya yang sering menangis dan mengilai. - Gambar Hiasan

MEMILIKI sebuah kediaman baharu sudah menjadi impian bagi semua pasangan berkahwin yang inginkan keselesaan terutamanya buat anak-anak yang sedang membesar.

Begitu juga dengan pasangan Hanum dan Zaki (bukan nama sebenar). Usaha menyimpan wang bagi membeli kediaman impian akhirnya berbaloi apabila mereka sekeluarga berpeluang berpindah ke rumah baharu dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri pintu diketuk tengah malam... Lelaki ini dedah ia amalan ilmu hitam dan rumah di tapak kediaman jin

Bukan main seronok Hanum mendekorasi rumah baharunya dengan pelbagai perabot yang cantik dan mereka sekeluarga gembira dapat menetap di rumah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kegembiraan di rumah baharu itu hanya bersifat sementara apabila dia menerima pelbagai gangguan misteri yang membuatkan Hanum buntu.

"Gangguannya bukan calang-calang ya! Ketukan pada tingkap dan pintu adalah perkara biasa, orang menangis diselang seli dengan hilaian ketawa pun selalu berlaku malah hari-hari dengar.



Tingkap dan pintu diketuk adalah perkara biasa di rumah Hanum.

"Ada satu hari, saya nampak anak sulung masuk bilik tidurnya. Saya yang tutup lampu bilik dia sebab dia dah tertidur dulu. Bila saya turun ke ruang tamu, saya nampak anak sulung saya tadi ada di ruang tamu.

"Bila saya tanya, dia kata dia memang ada di ruang tamu sejak tadi... Berlari saya pergi ke biliknya, kosong tiada orang," katanya.

Gangguan itu kata Hanum berterusan sehinggalah pada suatu hari, dia menjerkah makhluk yang menggangunya namun gangguan diterimanya lebih teruk.

"Sebelum tidur, saya dan suami selalu terdengar orang ketuk tingkap bilik kami. Tapi suami kata jangan dilayan, sampai satu tahap, saya hilang sabar dan jerkah 'kau nak apa'!

"Tapi ia menggilai seperti mengejek saya... diselang seli dengan hilai tawa. Kemudian dia ketuk tingkap lagi. Memang trauma hidup saya," ceritanya.

"Saya ingat, saya marah suami sebab cakap benda macam tu. Tapi malam tu tak jadi apa-apa. Tapi sejak daripada itu semua gangguan ni terjadi.

HANUM

Tidak cukup dengan itu kata Hanum, gangguan akan berlaku setiap kali dia sedang solat membuatkan dia tidak dapat fokus akibat terdengar bisikan dan hilai tawa di telinganya.

Hanum memberitahu sudah pelbagai ustaz yang datang ke rumah mereka untuk memulihkan keadaan namun ia hanya bersifat sementara.

"Macam-macam ustaz sudah datang tengok dan pulihkan rumah, eloknya sekejap tetapi selepas itu ia akan menggila kembali... Mental dibuatnya. Hilang privasi, hendak solat diganggu, mandi pun diganggu," jelasnya.

Gurauan yang membawa padah

Ketika fikiran rungsing mengenangkan masalah gangguan makhluk halus di rumahnya, Hanum memberitahu dia sering berfikir dari mana datangnya gangguan tersebut dan pada suatu hari dia teringat satu kejadian melibatkan suaminya.

Kata Hanum, gangguan itu bermula selepas suaminya pernah bergurau selepas terdengar ada orang mengetuk pintu rumah dan ia terbuka.



Pelbagai ustaz sudah datang ke rumah namun gangguan itu hanya hilang sementara.

"Ketika itu saya ingat, suami dan anak-anak sedang menonton filem seram sebelum tiba-tiba suami terdengar pintu rumah diketuk. Peliknya, pintu kayu terbuka.

"Mula-mula kami terdiam tetapi suami pula tiba-tiba bersuara meminta orang yang mengetuk pintu itu masuk ke dalam rumah dalam nada gurauan," katanya.

Namun keadaan lebih menyeramkan kata Hanum, apabila ketukan itu berlaku sekali lagi sebelum suaminya meminta orang yang mengetuk itu masuk dan buat seperti rumah sendiri.

"Saya ingat, saya marah suami sebab cakap benda macam tu. Tapi malam tu tak jadi apa-apa. Tapi sejak daripada itu semua gangguan ni terjadi.

"Suami saya memang baik, sembahyang memang tak tinggal tapi tulah suka bergurau bukan-bukan," ujarnya.

Sehingga kini kata Hanum, dia dan suami masih ikhtiar 'membersihkan' rumah mereka daripada makhuluk halus dan menyifatkan kejadian itu sebagai dugaan kepada mereka sekeluarga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain