suria

Patutlah rumah seram semacam, bila ustaz scan rupa-rupanya 2 ekor patung besar jadi punca! - “Aduh, macam kembar dah rasanya”

Seorang ustaz berkongsi kisah gangguan di sebuah kediaman berpunca daripada anak patung. Gambar hiasan

KISAH seram yang berlaku di dalam rumah membabitkan anak patung pernah beberapa kali dikongsikan oleh mereka yang berpengalaman melaluinya, di media sosial.

Terbaharu, kejadian yang serupa turut dialami oleh sebuah keluarga, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Menerusi satu posting yang dikongsikan di laman Facebook Viral Media Johor, ustaz berkenaan menceritakan kisah ketika dia diminta untuk 'memulihkan' sebuah kediaman selepas berlaku kejadian aneh di rumah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Temui ajal gara-gara ambil syiling tepi jalan... Awas! Elak kutip wang tidak diketahui pemiliknya sebelum padah menimpa

ARTIKEL BERKAITAN: Lampu terpadam, perasaan cemas dan takut muncul tiba-tiba? Ketahuilah itu antara 10 perkara rumah anda ada tetamu tidak diundang

"Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.

"Jadi, kita pun mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut.

"Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang-sorang anaknya pula. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah," kongsinya.

Ketika membuat 'pemeriksaan' di bilik-bilik di rumah tersebut, kanak-kanak tersebut menunjukkan reaksi yang berlainan apabila memasuki kamar ibu bapanya.

"Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa macam diperhatikan pada satu sudut. Saya pun percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yang memerhatikan.

"Bila diperiksa seteliti mungkin, akhirnya saya menemui patung Pooh yang sebesar saya. Aduhhh, macam kembar dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa macam patung tersebut sedang perati," tulisnya.



Ketika membuat 'pemeriksaan' di bilik-bilik di rumah tersebut, kanak-kanak tersebut menunjukkan reaksi yang berlainan apabila memasuki kamar ibu bapanya. Gambar hiasan

Ketika membuat pemeriksaan ke seluruh kawasan dalam kediaman, bukan hanya 'seekor' patung sahaja yang ditemui, malah ustaz tersebut menjumpai satu lagi anak patung yang bersaiz besar.

"Dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa (mereka) duduk atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.

"Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yang ada pesakit juga menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya.

"Rasa tersebut membuak-buak setiap hari, pada masa yang sama takut bila masuk bilik ayah dia," ujarnya.



Ustaz berkenaan turut memberi pesanan untuk mengelakkan gangguan mistik di kediaman. Gambar hiasan

Dalam pada itu, ustaz tersebut juga memberikan beberapa pesanan kepada pemilik kediaman yang lain untuk mengelakkan sebarang gangguan, selain tidak digalakkan menyimpan patung yang cukup sifat di dalam rumah.

"Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yang geram bila tengok kita seksi ketika tidur dan jangan pasang lagu-lagu yang melalaikan di dalam rumah," katanya.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 6,800 shares di Facebook.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain