suria

Tiga jejaka lintang pukang lari tinggalkan motor, dakwa nampak pocong ketika sesi photoshoot - “Dia suruh zoom, saya nampak kelibat putih... meremang bulu roma”

Video kejadian turut dikongsi Amir menerusi TikTok sehingga ia menjadi tular.

SESI photoshoot yang dijalankan oleh seorang jurufoto di Kampung Lubuk Kawah, Lanchang, Pahang bertukar cemas apabila kelibat seperti pocong muncul dalam sekeping gambar yang dirakamnya.

Menurut Mohamad Amirullah Mohd Nisham, 25, dia pada ketika itu ditemani adiknya serta seorang kenalan yang menjadi model topeng dalam sesi photoshoot yang dilakukan kira-kira pukul 8 malam, pada Mei lalu.

Mesra disapa Amirul, dia yang sedang asyik merakam gambar model dengan topeng bercahaya tidak sedar akan kehadiran kelibat misteri itu sebelum dimaklumkan oleh adiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat putih memerhati dari atas bangunan, peniaga pisang cheese akui masih trauma insiden seram hampir 20 tahun lalu... Apa jadi sebenarnya?

ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak buat jika terserempak kelibat putih? Orang tua dulu-dulu suruh londeh seluar - "Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu”

Lebih cemas, adik kepada Amirul turut melihat kelibat itu meluru ke dalam semak sebelum mereka bertiga lari meninggalkan motosikal masing-masing di lokasi kejadian.

"Photoshoot itu sebenarnya dibuat sebelum Ramadan lalu. Kami rakam gambar dekat jalan kecil berdekatan empangan.

"Masa tu kawan saya pakai topeng berlampu. Memang tiada sesiapa di situ kecuali kami bertiga. Kawasan itu pun ada sebuah rumah saja.

"Pada awalnya biasa saja, kemudian adik perasan ada kelibat dalam gambar yang saya rakam menggunakan kamera. Dia suruh zoom dan saya nampak ada kelibat putih. Terus rasa meremang.

amir5

Amir berkata, kejadian itu berlaku pada Mei lalu.

"Kemudian adik nampak benda tu bergerak dalam semak. Terus kami bertiga lari tinggalkan tiga motor yang dibawa. Esok pagi baru datang ambil," imbasnya kepada mStar.

Menurut Amir, dia tidak serik dengan kejadian itu, namun mengambil masa seminggu untuk berehat sebelum melengkapkan photoshoot itu di hadapan kediamannya.

Sebab benda tu ada, takkan saya nak edit. Kami yang nampak dan meremang bulu roma.

AMIR

"Dalam gambar tu, yang saya nampak macam pocong, satu lagi nampak macam cahaya. Seminggu kemudian kami sambung photoshoot, tapi buat depan rumah saya saja," ujarnya lagi.

Menurut Amir, dia turut berkongsi video kejadian serta gambar kelibat itu menerusi TikTok sehingga meraih ratusan ribu tontonan.

Malah, ada netizen yang meragui kesahihan video itu dan menganggap Amir sengaja membuat cerita palsu semata-mata.

amir3

Amir bersama adik dan rakannya berlari meninggalkan motosikal mereka di tempat kejadian.

"Bagi saya, terpulang. Saya tak kisah. Sebab benda tu ada, takkan saya nak edit. Kami yang nampak dan meremang bulu roma.

"Pada masa sama, ramai netizen kongsikan pengalaman mereka menerusi ruangan komen. Sebelum ni pun saya pernah dengar cerita lebih kurang sama.

"Saya pun dah padam gambar tu dari kamera. Kawan-kawan kata tak elok simpan gambar tu," ujarnya.

Dalam pada itu, Amir yang juga jurufoto sepenuh masa mengakui dirinya turut terkesan dek pandemik yang melanda sehingga kekurangan tawaran kerja.

Kata Amir, dia berharap negara pulih semula dan bebas wabak Covid-19 agar kehidupan dapat kembali normal seperti sedia kala.

amir4

Kata Amir, dia memadam gambar ini atas saranan rakan-rakan.

"Yang baru-baru ini memang teruk, tak ada job langsung. Saya harap Covid-19 berakhir segera. Rindu nak bekerja seperti dulu.

"Cuma sekarang harapnya makin OK sebab Pahang ah masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Saya juga ada berniaga kerepak sekarang," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain