suria

Dua tahun tak balik kampung jenguk rumah pusaka, seram tengok video terbaharu dikirim ibu saudara... jiran cepat ‘buat kerja’ pergi siasat dulu

komen entiti

NIAT asal mahu merakam rumah pusaka dan pokok durian, namun 'benda' lain pula yang menjelma.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, kelihatan dua 'entiti' putih yang muncul secara tiba-tiba di bahagian tingkap dan pintu rumah pusaka berkenaan.

Situasi tersebut nyata membuatkan bulu roma mereka yang menontonnya meremang, lebih-lebih lagi disertakan lagu Gurindam 12 sebagai latar belakang.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik berbalas pantun tiba-tiba gambar di air terjun rosak, rupa-rupanya ramai yang ‘teman’ mandi - “Ada yang demam, bau setanggi pukul 4 pagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga bertahan 20 tahun demi rumah pusaka, jadi mangsa individu talam dua muka... sanggup hantar hantu raya angkara dengki - “Tuan dia tak suka kami tinggal di rumah tu”

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 106,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen netizen yang rata-rata mengakui turut ternampak kelibat entiti berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Najwa Shammimie Mohd Zain berkata video yang dimuat naik itu dirakam oleh salah seorang ibu saudaranya di kampung mereka di Tanah Merah, Kelantan.

"Makcik saya saja je rakam masa dia ke kawasan tersebut... niatnya nak rakam rumah pusaka milik ibu saudara kepada umi saya dan juga kebun durian di situ.

"Makcik kemudian hantar video dekat WhatsApp grup famili. Masa dia rakam tu, dia sendiri tak perasan. Kemudian ada seorang lagi ibu saudara saya dalam grup tu tanya 'nampak tak sesuatu dalam video tu?'.

"Selepas itu kami pun zoom dan nampaklah sesuatu seperti yang dikatakan ibu saudara saya tu. Serta merta memang meremang," ujar wanita berusia 23 tahun ini.

Menurutnya yang senang disapa sebagai Wawa, salah seorang saudaranya kemudian memeriksa rumah pusaka berkenaan keesokan hari namun tidak menemui sebarang perkara yang aneh.

rumah tinggal

Rumah pusaka milik ibu saudara kepada umi Wawa yang terletak dalam kawasan dusun durian sudah lama terbiar kosong.

"Sebenarnya rumah tersebut dah lama kosong tanpa penghuni... umi beritahu sejak dia kecil lagi, rumah tu dah kosong sebab ibu serta bapa saudaranya berkahwin dan berpindah.

"Umi memang membesar dekat rumah berdekatan rumah pusaka tu. Kata umi, rumah tu memang ngosek (menyeramkan) sikit sejak-sejak kosong. Walaupun dah terbiar kosong dalam tempoh yang lama, tapi ia tetap utuh," ujar penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari sebuah Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini.

Tambah Wawa, dia dan keluarganya menetap di Seri Kembangan, Selangor dan sudah hampir dua tahun tidak pulang ke kampung halaman di Kelantan.

"Kali terakhir balik Kelantan adalah pada 2019. Ayah dan umi dua-dua berasal dari negeri yang sama. Rindu juga nak balik kampung tapi situasi sekarang menjadi kekangan.

"Saya sendiri pernah saja ke kawasan tersebut sebab ada pokok durian. Tapi tak pernah alami apa-apa yang menyeramkan. Sepanjang hidup pun saya tak pernah nampak benda mistik... tapi bila tengok video tu, terus malam tu tak lena tidur," ujar anak sulung daripada tujuh adik beradik ini lagi.

Kata umi, rumah tu memang ngosek (menyeramkan) sikit sejak-sejak kosong.

NAJWA SHAMMIMIE MOHD ZAIN

Hanya sekadar berkongsi video berkenaan secara suka-suka, Wawa berkata dia sama sekali tidak menyangka ia mengundang perhatian ramai dan menjadi tular.

"Antara salah satu sebab saya post kerana nak tengok kalau-kalau ada orang lain turut nampak 'sesuatu' dalam gambar tu. Memang ramai komen beritahu nampak 'benda'. Mereka percaya ia video original tanpa edit.

"Sejujurnya, saya nampak ada satu saja di bahagian pintu. Tapi ada yang nampak ada dua iaitu di tingkap dan pintu. Mereka beritahu di pintu adalah sosok cik ponti, dan di tingkap pula hantu 'gula-gula' (pocong).

komen entiti

Antara komen netizen yang turut melihat kelibat entiti dalam video berkenaan.

"Tak kurang juga ada yang DM siap minta alamat sebab nak pergi siasat. Tapi ada orang yang tengok TikTok saya dan kebetulan tinggal berhampiran kampung kami di Batu 8, Tanah Merah dah pergi situ sejak video viral. Dekat komen, dia beritahu memang seram.

"Tapi ada juga dekat komen tu cakap ia video edit... ada kata ia pantulan cahaya. Saya tak kisah, setiap orang ada pandangan masing-masing. Cuma kena ingat, di dunia ni bukan kita saja yang diami tapi ada juga makhluk lain yang tak nampak dengan mata kasar," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain