LAZIMNYA entiti atau kelibat sering dikaitkan dengan hutan, rumah tinggal atau rumah kosong. Namun bayangkan apabila 'makhluk' yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar ini tinggal sebumbung dengan manusia. Itulah yang dihadapi oleh keluarga wanita ini sejak dia dan keluarganya mendiami sebuah rumah banglo sejak 11 tahun lepas. ARTIKEL BERKAITAN: Asyik berbalas pantun tiba-tiba gambar di air terjun rosak, rupa-rupanya ramai yang ‘teman’ mandi - “Ada yang demam, bau setanggi pukul 4 pagi” ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya jumpa kubur, selepas itu terserempak gadis menangis tepi highway... ramai kata berani sebab siap rakam! - “Terus pecut motor, tak pandang kiri kanan dah!” Wanita ini turut berkongsi kisah mistik yang dialaminya di TikTok yang sehingga kini meraih 254,000 jumlah tontonan. "I memang suka buat kerja malam-malam tapi bila sampai masa pukul 10 malam ke atas, 'penghuni bilik atas' akan bagi hint suruh I stop," demikian tulisnya pada video berkenaan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Fifi Razak, rumah banglo yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur itu dibeli daripada seorang lelaki warga emas yang menjualnya selepas kematian isteri. "Rumah ini boleh dikatakan agak murah dengan value ketika itu, lebih-lebih lagi terletak dekat pusat bandar. Pakcik ni beritahu, di bahagian belakang rumah ni ada stor dan kalau boleh tak payah usik bahagian tu. "Tapi kita kan dah beli, mesti ada buat proses pengubahsuaian. Kami macam tak ambil 'port' sangat dengan apa yang dikatakannya. Tapi rupa-rupanya memang betul. "Selepas 100 peratus bahagian bawah termasuk stor tu dirobohkan, maka episod gangguan pun bermula. Fasa pertama, pekerja warga asing yang diganggu. Ada yang selalu nampak penampakan, sampai dia tak tahan dan berhenti kerja. Bilik di tingkat atas dan tingkat bawah yang terletak merupakan kawasan stor sebelum ini. "Bila dah siap, kami masuk dan buat doa selamat. Tapi 'benda' ni memang tak bagi chance... tahun pertama kami pindah masuk, memang dah ada berlaku benda pelik," ujarnya. Menurut wanita berusia 29 tahun ini, kawasan yang 'agak keras' adalah di bahagian tingkat atas kerana adik-adik dan ibu bapanya selesa mendiami bilik di bahagian bawah. "Rumah ni abah buat dua tingkat, semuanya ada sembilan bilik. Saya dan suami saja yang tinggal di salah satu bilik di tingkat atas. Bilik kosong lain adalah bilik tetamu. Sebab itulah memang selalu alami gangguan. "Di sebelah siang saya sibuk mengajar sebagai guru tadika dan guru home tution, jadi waktu malam sajalah saya boleh buat kerja menjahit sebab ada buat bisnes jual aksesori hand-made. "Masa saya rakam video tu, memang dah lebih pukul 10 malam dan dah dapat 'hint'. Saya akan rasa meremang, jantung dah berdebar-debar... itu tandanya memang 'dia' ada. "Pernah saya abaikan dan teruskan menjahit, tapi memang terasa 'benda' tu ada betul-betul dekat belakang dan hembus angin di telinga. Memang cepat-cepat saya stop. Kalau suami outstation, saya pun tak berani tidur di atas... memang turun bawah juga," ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini. Selepas 100 peratus bahagian bawah termasuk stor tu dirobohkan, maka episod gangguan pun bermula. FIFI RAZAK Menurut Fifi lagi, keluarganya sudah habis berikhtiar untuk memulihkan rumah tersebut namun tidak berhasil. "Dah ramai ustaz, pengamal perubatan malah penangkap hantu pun kami dah ikhtiar namun tak dapat buat apa-apa. Semua mereka cakap benda sama iaitu rumah kami ni tempat 'dia'... kita yang kacau kawasan 'dia'. "Jadi mereka hanya minta kita kukuhkan pendinding diri, banyakkan amalan mengaji dan zikir. Takkan nak pindah. Tapi syukur setakat ini tiada gangguan yang ekstrim seperti rasukan atau sebagainya. "Setakat bunyi-bunyi, bau atau kelibat memang biasa nampak tapi kami semua tak pernah lihat rupa sebenar 'benda' ni. Cuma ibu saya sebelum ini ada mild anxiety, tapi perkara macam ni trigger anxiety dia. Bilik menjahit Fifi di tingkat atas kediaman keluarganya. "Benda ni hanya tunjuk rupanya pada orang luar. Pernah jiran dan kenalan keluarga datang rumah ni. Mereka nampak dekat tingkat atas ada kelibat seperti cik ponti (pontianak) tapi kami memang tak pernah nampak," ujarnya lagi. Tidak menyangka perkongsiannya videonya menjadi tular, Fifi berkata dia sekadar mahu berkongi pengalaman mistik bersama pengikut di laman berkenaan. "Ada beberapa orang yang kata mereka nampak 'sesuatu' dalam video saya tu. Seram juga... tapi saya dah zoom dan terangkan 'brightness', masih tak nampak. Mungkin mereka ada kebolehan melihat makhluk ini. "Ada yang kata, memang orang tua-tua larang jahit malam-malam. Tapi itulah, saya sibuk sebelah siang... hanya malam saja lapang. Dan ramai juga kongsi pengalaman masing-masing. "Ini sekadar sedikit perkongsian daripada apa yang dialami keluarga kami. Tiada apa yang diharapkan, melainkan keluarga kami semua dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!