MEREKA yang pernah berdepan kejadian mistik tentunya tahu bagaimana ketakutan yang dirasai. Begitu juga dengan jejaka ini apabila dia menyedari wujud kelibat misteri dalam beberapa foto yang dirakamnya pada petang Jumaat lalu. Bercerita kepada mStar, Wan Muhd Hairee Wan Mat, 21, mendedahkan dia bersama teman wanitanya pergi ke kawasan kebun getah berdekatan rumahnya untuk merakam gambar. ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak tengah malam, perjalanan rider silap simpang berakhir di kubur... tak terfikir gangguan mistik, cuma risau kena prank - “Ada nampak lembaga bawah khemah” ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat putih memerhati dari atas bangunan, peniaga pisang cheese akui masih trauma insiden seram hampir 20 tahun lalu... Apa jadi sebenarnya? Mesra disapa Hairee, dia berkata segalanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan sehinggalah menyedari kewujudan kelibat itu selepas pulang ke rumahnya. "Masa tu saya dengan teman wanita saya. Kami ke kawasan itu untuk ambil gambar. Ia dekat saja dengan rumah saya, dalam 100 meter. Kalau diingat, kami ke sana dalam pukul 6.20 petang. "Selepas balik ke rumah, dalam pukul 8.30 malam saya tengok balik semua gambar yang dirakam. Saya nak tengok dulu sebelum hantar gambar kepada dia. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Pada waktu itu baru saya perasan ada kelibat misteri berwarna putih dalam tiga keping gambar. Tapi dalam gambar yang lain, kelibat itu tak kelihatan," imbasnya. Menurut jejaka dari Rantau Panjang, Kelantan itu, dia amat terkejut dengan kehadiran kelibat berkenaan. Jelasnya, ia sekali gus membuktikan cakap-cakap orang sebelum ini yang memperkatakan tentang gangguan yang didakwa berlaku di sekitar kebun getah itu. Kata Hairee, kejadian berlaku pada petang Jumaat lalu. "Masa mula-mula tu saya fikir, ini orang atau apa sebenarnya? Sebab masa kami ke sana, tiada sesiapa kelihatan dekat kebun getah itu. "Memang rasa terkejut. Saya tunjuk kepada keluarga, mereka pun terkejut. Sebenarnya sebelum ini kakak saya pun pernah kena gangguan ketika lalu kawasan itu. "Memang ada dengar cerita bahawa laluan kebun getah itu agak keras. Pernah orang cakap mengenai pontianak dan sebagainya," ujarnya panjang lebar. Ada juga yang tuduh saya menipu, mereka kata saya edit saja. HAIREE Enggan membiarkan misteri itu terus berlarutan, Hairee turut berkongsi foto dan video kejadian itu menerusi aplikasi TikTok. Dalam foto dan video itu, Hairee sedang memegang tangan teman wanitanya sebelum kelibat putih dilihat muncul memerhati jauh dari kawasan kebun getah di belakang mereka. Kata Hairee, dia sekali lagi terkejut apabila video itu meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi berkenaan. Selain komen-komen yang memperkatakan mengenai kelibat misteri itu, ada yang turut meninggalkan kecaman dan menuduh ia sekadar suntingan semata-mata. Antara komen yang ditinggalkan netizen. "Saya kongsikan video ke TikTok. Tak sangka tiba-tiba jadi viral. Ramai netizen yang komen dan mendawa mereka nampak banyak kelibat lain. "Ada juga yang tuduh saya menipu, mereka kata saya edit saja. Tapi saya tak kisah, mereka boleh percaya atau sebaliknya. "Saya tak kisah semua komen tu. Kalau mereka sendiri yang kena, baru tahu macam mana. Saya dah dua hari tak lalu jalan kebun getah itu. Saya sanggup guna satu lagi laluan yang ada kubur lama," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!