suria

Seram saat imbas kelibat budak menyorok di sebalik air terjun, pensyarah dedah 10 tahun hidup bersama ‘benda’ itu... buktinya ada lembaga dalam gambar!

Pelik... Kelibat menyerupai kanak-kanak yang muncul dalam gambar Mohd Faisal.

SEJAK setahun lalu sudah menjadi rutin pensyarah di sebuah universiti ini meredah ke kawasan seperti perkarangan mahkamah, tapak bersejarah serta air terjun bagi mencurahkan ilmu kepada para pelajarnya.

Bagi Mohd Faisal Md Noor, itulah antara usahanya untuk menarik minat dan perhatian pelajarnya memandangkan kelas diadakan secara dalam talian atau Open and Distance Learning (ODL) akibat pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ingatan akibat kemalangan, lelaki nampak lembaga hitam bermata merah meratah kakinya... seram saat jururawat kata ‘benda’ tu tak ikut balik

Namun di sebalik semangat untuk mencurahkan ilmu, pensyarah berusia 36 tahun itu mendedahkan pelbagai cabaran terpaksa diharungi termasuklah mengalami pelbagai kejadian misteri.

Imbaunya, ketika mengadakan kelas secara maya langsung di sebuah kawasan air terjun di utara tanah air, dia tidak menyangka ada kejadian pelik menimpanya ketika mengambil gambar bersama sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermandi-manda di situ.

Remini20211216191837846

'Kanak-kanak' yang muncul dalam gambarnya tidak berbaju dan bersaiz lebih besar menyorok di belakang air terjun.

"Selepas selesai kelas secara dalam talian saya tertarik melihat empat kanak-kanak sedang riang bermandi-manda dan mengajak mereka mengambil gambar.

"Ketika merakamkan gambar itu mereka berada di bahagian atas sungai dan saya di bawah... terdapat air terjun kecil yang memisahkan kedua-dua bahagian itu.

"Apabila pulang ke rumah untuk memuat naik gambar itu di laman sosial, saya perasan seperti ada seorang kanak-kanak tidak berbaju berselindung di sebalik air terjun kecil itu," katanya kepada mStar.

Mohd Faisal berkata dia yakin hanya empat kanak-kanak berada di kawasan itu dan apabila meneliti gambar yang diambil secara swafoto itu ternyata kanak-kanak di sebalik air terjun itu bukan manusia.

Seolah-olah ada sesuatu yang sentiasa mengikuti saya tetapi menjelma dalam pelbagai bentuk.

MOHD FAISAL MD NOOR

"Jika dilihat, kelibat itu tidak berpakaian selain bentuk tubuhnya lebih besar berbanding empat kanak-kanak lain... sebelum mengambil gambar itu juga saya yakin hanya ada empat orang kanak-kanak di kawasan itu," ceritanya.

Sudah 10 tahun 'makhluk' muncul dalam gambar!

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya dengan perkara misteri, Mohd Faisal memberitahu kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku kepadanya.

Sebaliknya kata anak kelahiran Kulim, Kedah itu memberitahu sudah acap kali kejadian lembaga muncul dalam gambarnya terjadi seolah-olah ada sesuatu sentiasa mengekorinya.

Screenshot_20211216-185811_Gallery

Seram... kelibat menyerupai seorang wanita di belakang Mohd Faisal.

"Seingat saya, kelibat muncul dalam gambar saya sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu dan tidak dapat saya jelaskan mengapa ia boleh berlaku.

"Setiap kali mengambil gambar, pasti ada benda-benda pelik muncul dalam foto seperti jelmaan kanak-kanak, wanita berambut panjang atau raksasa dengan sayap.

"Seolah-olah ada sesuatu yang sentiasa mengikuti saya tetapi dalam beberapa kejadian ia menjelma dalam pelbagai bentuk," imbaunya.

Cerita Mohd Faisal, dia masih ingat ketika melawat ke Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak beberapa tahun lalu, dia turut mengalami perkara sama apabila bayang-bayang makhluk menyerupai wanita berambut panjang muncul dalam beberapa gambarnya.

Remini20211216190237151

Makhluk menyerupai raksasa bersayap pula muncul dalam gambarnya.

Lebih menyeramkan katanya, beberapa keping gambar dengan latar berbeza di tempat bersejarah itu turut menampakkan keberadaan makhluk tersebut.

"Kisah seram di Kellie's Castle memang semua orang tahu tetapi tidak sangka pula terkena pada diri sendiri. Apabila saya tunjuk pada kawan-kawan ramai tidak percaya tetapi apabila diamati betul-betul memang ada kelibat itu.

"Sebenarnya banyak lagi kejadian seumpama berlaku tidak kira saya berswafoto seorang diri atau bersama kawan-kawan... memang pelik dan menyeramkan!," ujarnya.

Apa lebih pelik kata Mohd Faisal, sepanjang tempoh itu juga dia tidak pernah mengalami sebarang gangguan seperti dirasuk, mimpi buruk atau benda pelik muncul di hadapannya.

Screenshot_20211216-191254_Gallery

Makhluk sama seperti mengekorinya.

Tetapi dia tetap berasa tidak sedap hati dengan keadaan itu dan beberapa kali pernah berjumpa dengan pakar perubatan Islam untuk mengesan sekiranya ada sesuatu yang 'melekat' pada dirinya.

"Alhamdulillah tiada apa-apa yang pelik tetapi adakalanya saya tertanya-tanya juga apa sebenarnya membuatkan ada benda sentiasa muncul dalam gambar saya.

"Saya tahu perkara ini akan terus berlarutan tetapi saya tidak mahu terlalu fikirkannya selagi ia tidak menganggu saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain