suria

Padah bertenggek di pintu gerabak kereta api di tengah malam, pemuda seram sejuk nampak kelibat makhluk berwajah buruk dalam semak... tiba-tiba ia ada di tingkap!

Pengalaman menaiki kereta api boleh bertukar menyeramkan.

SETIAP kali melihat kereta api melintas, fikiran Saiful pasti akan terkenang peristiwa seram yang pernah menimpanya beberapa tahun lalu ketika pulang ke kampung halamannya di utara tanah air dengan menaiki pengangkutan itu.

Kebiasaannya Saiful berkata dia akan menaiki bas ekspres untuk pulang ke kampung, namun kali ini dia bersama beberapa rakan seuniversitinya mengambil keputusan menaiki kereta api memandangkan laluan mereka sama dan ingin melakukan kelainan.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram saat imbas kelibat budak menyorok di sebalik air terjun, pensyarah dedah 10 tahun hidup bersama ‘benda’ itu... buktinya ada lembaga dalam gambar!

"Saya bersama lima lagi rakan bertolak ke utara tanah air dari Kuala Lumpur... pengalaman menaiki kereta api memang menyeronokkan.

"Dua rakan saya turun di stesen Batu Gajah, dua lagi di Ipoh manakala saya dan rakan baik Azim turun di stesen terakhir," katanya.

Mengimbau pengalaman itu, Saiful berkata, ketika menurunkan penumpang di Ipoh, jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam dan dia mula berasa bosan sebelum mengambil keputusan berjalan-jalan di dalam kereta api untuk meregangkan badan.

Saiful dan Azim mengambil keputusan untuk duduk di tepi pintu kereta api untuk merokok dan bersantai sambil menikmati pemandangan malam dan menghirup udara segar di luar.

ghost-train

Saiful terkejut apabila melihat kelibat seorang wanita di pintu gerabak kereta api.

"Memang layan duduk di pintu gerabak sambil menghisap rokok, kena angin malam sambil mendengar bunyi cengkerik berlawan dengan bunyi roda kereta api.

"Dalam kami melayan perasaan, kereta api mula bergerak perlahan kerana melalui landasan berselekoh dan jelas dapat lihat hutan di depan mata sebelum melintasi kawasan kampung di situ.

"Saya dan Azim asyik memandang ke luar sambil berbual-bual sebelum kami tiba-tiba ternampak satu kelibat berwajah pucat seakan-akan manusia tetapi agak besar dan tinggi berdiri di dalam semak.

"Meskipun nampak sekilas lalu namun jelas kelihatan wajahnya yang buruk sedang memandang ke arah kami.... tergamam saya dibuatnya," katanya.

Dalam suasana cemas, Saiful dan Azim terus menutup pintu gerabak yang terbuka dan kembali beredar ke kerusi masing-masing.

Penumpang lain ramai telah lena dan mereka memutuskan untuk duduk dan tidur tanpa bercakap mengenai apa yang dilihat sebentar tadi.

"Malangnya kelopak mata saya macam ditarik-tarik dan tidak boleh tidur... Dalam kegelisahan tidak boleh lelapkan mata, saya tertoleh ke arah luar dan saya nampak lembaga sama!

"Kali ini ia lebih dekat, betul-betul tepi tingkap dan ia bergerak sama laju dengan kereta api. Azim saya lihat turut memandang ke luar tingkap dan wajahnya pucat," imbaunya.

Dalam perasaan takut yang membuak-buak, kedua-dua mereka cuba menutup mata dan memegang tangan di antara satu sama lain sambil membaca ayat Kursi.

Saiful memberitahu mereka tertidur dan sedar-sedar mereka sudah tiba ke destinasi.

"Bertambah pelik, Azim beritahu saya seperti orang nampak hantu dan berkelakuan pelik dan apabila saya bertanya dengan Azim tentang kejadian semalam, dia langsung tidak tahu apa yang saya katakan dan memberitahu sudah tidur lebih awal.

"Malah dia tidak ikut saya berjalan-jalan di dalam kereta api atau pun berdiri di pintu gerabak untuk menghisap rokok... apatah lagi nampak hantu!," ujarnya.

Sehingga ke hari ini kata Saiful, kejadian itu masih bermain di dalam fikirannya dan apa berlaku kepadanya seperti benar dan pasti ia bukannya mainan tidur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain