suria

Dalam gelap waze bawa pelukis inai ke jalan kebun kelapa sawit, tindakan berpatah balik bawa padah... banyak mata perhati dari celah pokok!

Naziera dan suami berasa tidak sedap hati apabila melihat kelibat seperti orang sedang memerhatikan mereka.

KEBIASAANNYA setiap kali mendapat tempahan untuk melukis inai pengantin, Naziera Afandi pasti akan meminta suami menemaninya terutama jika temu janji pada sebelah malam.

Bukan apa, selain faktor keselamatan, Naziera lebih selesa ditemani suaminya apatah lagi sekiranya lokasi rumah pengantin jauh dari kediamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak menggiurkan di mata orang, kehadiran Mbah Jenab ubah sikap suami dan anak... bau cempaka putih, kemenyan akhirnya bongkar rahsia

Hari itu, Naziera mendapat tempahan melukis inai untuk majlis berinai di sebuah kampung di Perak.

Sesudah solat Maghrib, Naziera dan suami berangkat ke rumah pengantin berpandukan lokasi yang diberikan tanpa mengetahui ia bakal menjadi perjalanan menakutkan.

20161130_205933

Jalan dalam kebun kelapa sawit gelap dan menyeramkan.

"Pada awalnya, okay sahaja sampailah kami masuk ke sebuah simpang di hujung jalan. Simpang tersebut terletak betul-betul di dalam seuah kebun kelapa sawit.

"Fikir saya, waze bawa ikut jalan pintas, apatah lagi jalan masuk ke kebun kelapa sawit itu jalan tar, jadi suami pun ikut sahaja laluan itu.

"Tapi jalang memang sunyi dan langsung tiada sebuah kenderaan pun yang lalu, hanya kami sahaja. Kiri dan kanan jalan pun gelap sebab tiada lampu," katanya.

Jalan tar dan berpasir dalam kebun kelapa sawit

Naziera berkata, selepas 10 minit meredah jalan tersebut, mereka mula berasa tidak sedap hati dan memandang sesama sendiri.

Tetapi suaminya tetap meneruskan pemanduan memandangkan ikut pengiraan Waze, rumah pengantin sudah tidak jauh dari situ.

Pasangan suami-isteri itu bertambah cemas apabila mereka tiba di penghujung jalan yang mana jalan tar sudah menjadi jalan berpasir.

1040431

Naziera dan suami terkedu apabila melihat kelibat makhluk ketika merentasi kebun kelapa sawit.

"Dalam keadaan gelap itu, kami hanya nampak jalan pasir dan pokok kelapa sawit. Lampu kereta saja yang menyuluh samar-samar.

"Saya minta suami berpatah balik dan dia minta saya telefon pengantin untuk memaklumkan kami akan terlewat dan minta wakil mengambil kami di simpang jalan rumahnya.

"Ketika suami hendak berpatah balik, waze tiba-tiba berbunyi dan meminta kami jalan terus dan memaklumkan dalam 200 meter kami akan sampai ke destinasi," imbaunya.

Memandangkan berasa tidak sedap hati, suami Naziera mengambil keputusan berpatah balik kerana tidak yakin dengan jalan berpasir itu apatah lagi keadaan sangat gelap.

Bagai diperhatikan 'ramai' orang dalam kebun

Ketika berpatah balik, Naziera memberitahu mata mereka tiba-tiba terpandang seperti ada sekumpulan orang yang sedang mengintai mereka dari sisi kenderaan.

Alhamdulilah, kami sampai juga ke rumah pengantin pada jam 9.30 malam. Kami cerita dekat keluarga pengantin tentang apa yang berlaku.

NAZIERA AFANDI

TUKANG INAI PENGANTIN

"Bukan seorang dua, tapi ramai. Memang tak nampak jelas, tapi saya boleh nampak mata mereka di sebalik celah-celah pokok. Suami saya pun terkejut dan menjerit.

"Apabila lampu kereta disuluh, tiba-tiba makhluk itu hilang begitu sahaja. Tetapi dalam kesamaran, memang jelas benda itu berdiri di tepi semak sambil memandang kami. Takutnya hanya Allah yang maha mengetahui," ceritanya.

Selepas berpatah balik, suaminya memecut kenderaan sebelum ada sebuah motosikal tiba-tiba menghampiri mereka dan memotong kenderaan mereka.

Naziera berkata, dia berasa pelik dengan kehadiran lelaki tua yang menunggang motosikal itu sedangkan tiada rumah atau simpang kecil di sepanjang laluan itu.

"Kami tidak peduli dengan pakcik itu, terus pecut sehingga berjumpa kembali jalan besar dan menuju ke arah simpang rumah pengantin.

553 (1)

Pasangan ini berpatah balik selepas berasa tidak sedap hati.

"Alhamdulilah, kami sampai juga ke rumah pengantin pada jam 9.30 malam. Kami cerita dekat keluarga pengantin dan tunjuk lokasi Waze.

"Rupa-rupanya, jalan itu memang betul boleh sampai ke rumah pengantin tetapi perlu melalui sebuah jambatan menyeberangi sungai di dalam kebun kelapa sawit itu," jelasnya.

Bagaimanapun cerita keluarga pengantin, jambatan itu roboh akibat banjir baru-baru ini dan jalan itu tidak lagi digunakan orang ramai.

Naziera terkedu mendengarkan penjelasan itu dan terfikir sekiranya mereka tetap melalui jalan dalam kebun kelapa sawit itu, mungkin kenderaan mereka sudah terjatuh di dalam sungai.

"Saya peluk lengan suami dan rasa hendak menangis mengenangkan kejadian itu, dan Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kami berdua," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain