suria

Pertama kali balik kampung suami, wanita di meja solek tegur ‘lama hangpa tak balik’... rambutnya panjang sampai lantai

Keadaan bilik tidur yang suram. -gambar sekadar hiasan

BAGI pasangan yang sudah berumahtangga, pasti ada kisah di awal perkahwinan yang tidak dapat dilupakan.

Begitu juga dengan seorang wanita yang mana suaminya belajar ilmu perubatan Islam.

Berkongsi pengalaman, menurut Azura, suaminya mempelajari ilmu tersebut daripada arwah bapanya.

"Tapi dia tak sampai la berubat orang lagi. Boleh la sikit-sikit. Sebelum saya kahwin dengan dia, saya memang tak berapa tahu hal-hal berkaitan rawatan Islam ni.

"Lepas kahwin baru saya perlahan-lahan belajar dan ambil tahu pasal hal ni," katanya.

Menurut Azura, ibu mentuanya pernah beritahu, jika si suami menjadi perawat, si isteri pun akan terkena tempiasnya.

mistik 4

Suami isteri dalam perjalanan pulang ke kampung.

Bagaimanapun apa yang diberitahu itu tidak diperjelaskan sehinggalah Azura mengikut suaminya pulang ke kampung suami kerana ada kenduri.

"Masa ni saya tak kenal lagi saudara-mara, makcik-pakcik dia. Kata pun baru kahwin, ni kira adat kenal-mengenal juga la. Kebetulan masa tu mereka nak buat kenduri. Jadi, ramailah ahli keluarga dia yang balik kampung.

"Suami saya cakap, kita tidur la satu malam. Boleh la awak kenal-kenal dengan semua orang. Saya okay je. Kami sampai kampung dia pun dah pukul 10 malam. Saya tengok rumah kenduri tu tipikal rumah kampung," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri lari malam! Tak tahan kongsi rumah sewa dengan penunggu... 'Dia' tumpang main kereta mainan, petik kipas...

Dia dan suami disambut oleh ibu saudara sebelum dibawa ke bilik tidur.

Keadaan bilik tidur itu ringkas, dilengkapi katil dan meja solek di hujungnya.

Baru saja masuk ke bilik, suaminya mahu keluar untuk berjumpa dengan bapa saudaranya, sementara dia diminta untuk berehat dahulu.

"Saya pun duduk la kat atas katil, beg baju letak tepi dinding. Saya pun fikir kejap nak buat apa," katanya.

mistik 5

Sesuatu berlaku ketika Azura bersendirian di bilik.

Azura kemudian dikejutkan dengan suara seorang wanita di dalam bilik dan dia tercari-cari dari mana suara tersebut.

"Tiba-tiba ada suara perempuan cakap 'Lama hangpa tak balik'. Dan suara tu datang dari arah meja solek tu. Eh, ada orang?

"Saya terus berpaling tengok siapa. Tahu apa yang saya nampak? Ada perempuan, baju merah, rambut panjang sampai lantai tengah duduk kat kerusi meja solek tu.

"Muka dia menghadap ke dinding. Saya terkedu, terus tengok je perempuan tu," katanya.

Muka dia menghadap ke dinding. Saya terkedu, terus tengok je perempuan tu.

AZURA

Tidak lama kemudian, wanita berbaju merah itu bangun dan pusing perlahan-lahan dan berjalan menembusi dinding.

"Masa dia berjalan tu, saya dengar bunyi srehh... srehh... rambut dia terseret atas lantai," ceritanya.

mistik 1

Kemunculan wanita berbaju merah menjadi tanda tanya.

Entah berapa lama dia terkedu menyaksikan sendiri kejadian tersebut di dalam bilik itu tidak dipastikan.

"Saya tersedar bila suami masuk bilik, nak ajak saya makan. Masa tu saya macam tersedar, apa yang saya nampak tadi? Saya mimpi ke ni?

"Saya tak cerita apa pun kat suami malam tu. Kami tidur kat bilik tu juga. Alhamdulillah, tak ada apa yang berlaku," katanya.

Sehinggalah selesai kenduri dan pulang ke rumah mak mentuanya, barulah diceritakan kejadian di dalam bilik itu.

"Mak mentua cakap, itu boleh dikatakan dugaan untuk saya sebab suami masih dalam proses belajar ilmu rawatan Islam ni. Dia pesan, jangan takut. Kena selalu zikir dan ingat Allah.

"Akan datang macam-macam ujian sebab suami baru belajar, jadi ramai yang sudi. Saya sebagai isteri kena kuat untuk suami. Betul apa yang mak mentua cakap," kata Azura.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain