JAM 2 pagi, telefon berbunyi memaparkan notifikasi pergerakan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di ruangan kedai yang terletak di Negeri Sembilan. Kerana takut, Tiara Mad Diah, 30, dan suaminya enggan melihat notifikasi berkenaan. Namun mereka sekali lagi dikejutkan dengan bunyi notifikasi yang sama seawal jam 7 pagi pula. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Kali ini, kedua-duanya mengambil keputusan untuk memerhatikan rakaman CCTV. Notifikasi jam 2 pagi dibuka terlebih dahulu. Selepas berkali-kali diteliti, barulah mereka melihat terdapat objek yang bergerak di atas lantai, betul-betul di hadapan rak tengah. Pergerakannya juga laju seperti cuba melarikan diri seolah-olah bimbang ‘dipanah’ cahaya matahari yang akan bersinar. TYA Pergerakan yang sangat laju dan dalam tempoh beberapa saat sahaja kelibat seperti seorang bayi sedang merangkak hilang di celahan rak tersebut. Entiti bayi ini berwarna putih. Selepas yakin objek yang dirakam tersebut, Tiara beralih pula kepada notifikasi kedua. Alangkah terkejutnya apabila kelibat hitam kelihatan pada rakaman CCTV. ARTIKEL BERKAITAN: Perabot bergerak sendiri selepas pemuda tolong gadis dirasuk! Jiran merungut bising, tunjuk rakaman CCTV tak berani buka pula Pergerakannya juga laju seperti cuba melarikan diri seolah-olah bimbang ‘dipanah’ cahaya matahari yang akan bersinar masuk ke dalam kedai. Pergerakan kelibat hitam dirakam dalam tempoh dua saat. Mesra dipanggil Tya, dia mengakui terkejut melihat kedua-dua rakaman CCTV berkenaan. Malah sejak mengetahui terdapat entiti di dalam kedai, dia diselubungi rasa takut malah anak perempuan berusia tiga tahun tidak dibiarkan bersendirian di bilik belakang. “Saya baru buka kedai jual makanan bayi ni dua bulan lepas. CCTV pula diletakkan beberapa hari lalu dan tak sangka pula selepas dua hari dipasang, kami disajikan dengan ‘penampakan’ dua entiti berbeza. “Memang saya pilih CCTV yang boleh rekod motion kerana kalau cahaya, nanti akan sentiasa dapat notifikasi pula... lagipun sini kawasan laluan kenderaan dan cahaya boleh masuk kedai,” ujarnya. Bagi memastikan apa yang dilihat dalam rakaman CCTV dan tanggapannya benar, Tya memuat naik video tersebut ke laman TikTok miliknya. Dia sekali terkesima apabila warganet mengiyakan kata-katanya bahawa kelibat bayi berwarna putih kelihatan merangkak di hadapan rak. Tya menjual makanan bayi. Pada masa sama, beberapa individu lagi mencadangkan supaya dia mendapatkan rawatan Islam kerana bimbang kedai yang baru beroperasi itu disihir. “Ramai yang cadangkan supaya saya panggil ustaz untuk ‘tengok-tengokkan’ kedai. Tapi Alhamdulillah, kelmarin (12 November) ustaz yang datang tengok, cakap tak ada apa-apa tanda sihir. “Saya dimaklumkan bahawa kedai merupakan laluan makhluk halus sebab itu CCTV dapat rakam pergerakan,” ujarnya. Walaubagaimanapun, Tya mengakui masih rasa bimbang dengan keadaan tersebut. Tambahan pula, jiran kedainya juga berhadapan situasi yang sama. “Jiran kedai ada cakap pasal rakaman CCTV dia dan tanya kalau saya nak tengok... tapi saya tak berani. “Macam mana pun, saya akan ikhtiar lagi dan berjumpa dengan beberapa ustaz yang boleh membantu mengatasi perkara begini,” tambahnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI