KERAP kali kisah seram membabitkan mainan atau anak patung dikongsikan oleh netizen di laman sosial. Dalam satu perkongsian di laman TikTok, seorang wanita turut menceritakan kejadian aneh yang berlaku di kediamannya, yang didakwa berpunca daripada mainan patung kuda milik anaknya. Menurut pelayar bernama Sara Saera, patung kuda berwarna kuning itu seolah-olah mempunyai 'penunggu' atau 'berhantu'. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebelum ini aku baca kisah orang je tapi kali ini terjadi dekat aku sendiri. "Terlalu banyak kejadian aneh. Tak nak percaya tapi kena percaya juga sebab terlalu kerap terjadi," tulisnya dalam video yang dikongsikan di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jadi pelawat terakhir masuk rumah Mahsuri, bunyi budak batuk dalam video jadi tanda tanya... wanita minta pengunjung jaga adab! Cerita Sara Saera, dia pada mulanya tidak merasakan perkara yang aneh, sehinggalah beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan anak dan tetamunya. "Anak aku seolah-olah bermain dengan seseorang bila dia main dengan benda ni (kuda mainan). "Semalam ada tetamu datang dan tidur di bahagian ruang tamu. Pagi ini dia beritahu aku, dia tak dapat tidur... dia dengar macam orang mendengus marah. Berkali-kali! "Dia yakin bunyi itu datang dari benda ni," kongsinya. Anak wanita berkenaan seolah-olah berinteraksi dengan 'seseorang' ketika bermain patung kuda mainan itu. Gambar hiasan Bukan itu sahaja, kejadian aneh turut dialami oleh anak buahnya yang datang menumpang tidur di kediamannya. "Sepanjang mainan itu ada dekat rumah, saya memang simpan dalam bilik anak saja. Satu hari tu, anak buah saya tumpang tidur bilik anak dan dia mengadu dengar bunyi kuda tu melompat-lompat tepi katil," kongsinya lagi. Disebabkan beberapa kejadian aneh yang berlaku, Sara Saera enggan mengambil risiko dan memutuskan untuk membuang patung mainan berkenaan di tapak pembuangan sampah. "Dah lama tahan. Kali ini betul-betul nekad. Pagi ini aku ambil keputusan, di sini sajalah tempat kau. Harap selepas ini kau tak ganggu aku," tulisnya. Perkongsian Sara Saera meraih sehingga lebih 880,000 jumlah tontonan. Wanita berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk membuang patung tersebut selepas beberapa kejadian aneh berlaku. Menjengah ruangan komen, ada juga antara netizen yang pernah mengalami kejadian mistik membabitkan patung mainan yang sama. "Aku pernah belikan mainan ni untuk anak, bawa tidur dalam bilik lagi. Setiap malam nak buat susu, aku selalu terkejut macam nampak hantu bila pandang benda ni. Akhirnya aku cakap dengan suami, suruh dia bawa benda ni ke tempat bakar sampah dan suruh dia bakar. Ini kali pertama dan terakhir beli anak jenis ni. "Kuda ni la turun tangga tengah-tengah malam masa tinggal dalam banglo bos dulu. Letak dalam stor, esok ada atas almari. "Anak buah saya pernah ada mainan macam ni. Mak saya pernah cakap mainan ni macam bergerak je bila dalam gelap. Lepas banjir mainan ni dah bocor dan terus buang," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI