DALAM zaman serba moden hari ini, amalan sihir dan santau yang bertentangan dengan ajaran Islam masih diamalkan oleh segelintir individu. Menurut perunding spiritual Islami dari Indonesia, Kang Sudiro, individu yang terkena sihir akan mengalami banyak gangguan dalam kehidupan seharian. Lebih parah, sihir yang dihantar boleh menyebabkan amalan ibadah mereka terganggu, malah ada yang turut dirasuk sehingga bertukar ganas dan menyeramkan. "Pernahkah anda berasa cemas, gelisah, sakit tidak biasa atau terasa berat untuk beribadah atau mungkin rasa terganggu dengan bacaan al-Quran? "Jika anda mengalaminya, hati-hati, boleh jadi ia merupakan gangguan jin. Hal pertama yang boleh anda lakukan adalah mengesan gangguan jin dalam tubuh. Mangsa sihir turut berdepan gangguan dalam beribadah. "Dan jika anda ingin mengesan gangguan jin, sebaiknya dilakukan pada pagi hari dan harus ada yang menemani," ujarnya. Menurut Kang Sudiro yang turut dikenali sebagai guru mata batin itu, kehadiran gangguan jin dalam tubuh boleh dikesan sendiri, menggunakan cara yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan kongsi cara batal sihir dihantar nak tutup periuk nasi! Ramai peniaga tak tahu rupa-rupanya tak boleh sembarangan ambil duit pelanggan Berikut merupakan teknik yang dikongsi: 1. Sediakan satu atau dua sudu makan madu. 2. Masukkan madu ke dalam gelas, campurkan air suam sebanyak satu jari sahaja. 3. Kemudian kacau air madu dengan sudu mengikut arah jam yang berlawanan. 4. Ketika mengacau, baca surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas sebanyak tujuh kali. 5. Tiupkan ke dalam gelas dengan niat dan memohon ditunjukkan gejala gangguan sekiranya ada di dalam tubuh. Jelas Kang Sudiro, individu yang terkena sihir akan mengalami gangguan dalam kehidupan seharian. Menurut Kang Sudiro lagi, adunan air tersebut perlu diminum sekali gus dan mangsa juga perlu menahan nafas ketika melakukannya. "Minum madu dengan sekali tegukan. Biarkan madu masuk ke dalam perut beberapa minit sambil menahan nafas. Jika ada gejala, maka akan terasa mual-mual, ingin muntah, pening, badan bertukar panas, jantung berdegup kencang, keluar peluh dingin, gelisah, seriau, atau terus sendawa. "Jika anda terasa ingin muntah, maka muntahkan saja sambil membaca "hasbunallah wa nikmal wakil" dan jika terus muntah, segera berehat dan minum air secukupnya sambil membaca selawat ke atas nabi," kongsinya menerusi posting di TikTok, baru-baru ini. Sebagai peringatan, umat Islam dilarang sama-sekali untuk terlibat dalam sebarang amalan sihir yang bertentangan dengan ajaran agama serta al-Quran. Untuk rekod, Terengganu baru-baru ini turut mewartakan amalan bomoh dan sihir sebagai jenayah syariah di negeri itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI