SETIAP kali rancangan Akademi Fantasia Musim kelapan bersiaran, pasti Ellcha akan terpacak di rumah kakaknya. Maklumlah, rumah kedua orang tuanya masih tiada Astro jadi dia terpaksa berjalan kaki ke rumah kakak yang terletak di belakang rumahnya sahaja. "Selepas menonton, aku akan balik ke rumah seperti biasa. Semasa berjalan pulang, aku nampak selimut berwarna putih tersidai di ampaian jiran. "Entah macam mana, tiba-tiba angin bertiup sangat kuat dan selimut yang tersidai bertukar menjadi jelmaan seperti pocong," ujarnya. Selimut putih yang dijemur merupakan barang yang digunakan arwah jiran. -Gambar hiasan Disebabkan itu, Ellcha menggigil ketakutan. Badannya terasa kaku sehingga tidak dapat bergerak. Selepas ayat kursi dibaca sehingga habis, dia terus berlari laju pulang ke rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit lumpuh nampak ‘benda’ pelbagai wajah turun dari siling hospital... Dengar suara menjerit ketika jururawat urus jenazah katil sebelah "Pintu diketuk dengan kuat, aku hampir sahaja pengsan ketika menunggu abang membuka pintu. "Dengan keadaan aku yang menggelabah, abang memandang pelik dan terkejut... aku pun beritahu ternampak pocong di rumah jiran. "Mukanya hitam dan menyeramkan. Saling tak tumpah seperti jiran sebelah yang baru saja meninggal dunia," katanya lagi. Abang kemudiannya mengintai, namun selimut putih tetap berada dalam kedudukannya di ampaian. Kata-kata yang diucapkan dipandang sepi seolah-olah Ellcha berkata bohong. Ellcha hanya menunggang motosikal melalui hadapan rumah jirannya yang meninggal dunia. Iyalah, hanya ibu dan ayah sahaja yang pergi ziarah kematian manakala dia sekadar melintasi kawasan rumah dengan motosikal. Selepas dikebumikan, tilam yang digunakan arwah semasa sakit dibuang dekat luar rumah di antara laluan dari jalan rumahnya. "Keesokan harinya, aku tiba-tiba demam panas dan tak boleh bergerak... sama seperti mayat! "Tapi aku dalam keadaan hidup. Seminggu aku tak makan apa-apa, hanya boleh mendengar percakapan orang sekeliling," luahnya lagi. Bimbang keadaan berlarutan, ayah mula berikhtiar selepas dimaklumkan oleh abangnya. "Mereka syak aku terkena sawan orang meninggal walaupun tak percaya 100 peratus. "Ustaz cakap, kena ambil tanah yang air mengalir masa mandikan jenazah dan kain yang dia pakai semasa hayatnya. "Kemudian air rendaman kain dan campuran tanah tu mandikan pada aku dengan selawat untuk sembuh," kongsinya lagi. Selepas sahaja dimandikan dengan kaedah yang diberitahu itu, keadaan Ellcha semakin pulih daripada demam. Apa yang berlaku membuatkan dia menangis kerana seperti orang mati. Bermula dari itu, dia dilarang untuk menziarahi orang meninggal termasuk melalui kawasan sekitar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube