HIDUP terseksa kerana saka! Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun hidup dalam keadaan menderita apabila dia terpaksa mewarisi saka yang 'dibela' oleh nenek moyangnya. Menerusi video tular, kanak-kanak itu dilihat seperti sedang dirasuk ketika dia dirawat oleh seorang pengamal perubatan Islam. Mangsa kelihatan seperti dirasuk ketika sedang dirawat. Ketika perawat membacakan ayat suci al-Quran sambil memegang kepalanya, wajah kanak-kanak itu bertukar bengis sebelum dia berdiri dan cuba menjauhkan diri. Menurut akaun TikTok Pusat Rawatan At-Taqwa, ibu kepada kanak-kanak itu mengadu tentang nasib anaknya yang terpaksa mewarisi saka pada usia yang masih muda. "Adik ini berusia sembilan tahun, dia menyambut dan mewarisi saka keturunan oleh nenek moyangnya. Kata si ibu, kesian anaknya menanggung semua ini, padahal dia masih budak. Saya pun baru buang. Tapi ganas lagi. Habis ustaz tu kena. Dicakar, disepak. NETIZEN "Saka harimau meminta hidangan pulut kuning berserta ayam bakar dan rokok daun. Adik ini diruqyah. Ibunya berkata anaknya sering berjalan berseorangan diri di luar rumah," menurut tulisan di akaun TikTok itu. Video tersebut meraih lebih 260,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak berkenaan. "Disebabkan moyang dulu-dulu, cucu cicit jadi mangsa. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cuak makhluk menyerupai dirinya ganggu pakwe, siap pandai tiru rutin - “Jadi bukan awaklah dekat tingkap tu?” ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik video sampai demam, netizen tak percaya suara hantu muncul dalam 'live' IG "Saya rasa meremang satu badan ketika ustaz ni baca. "Kesiannya, moga adik ni diberikan kesembuhan," tulis beberapa netizen. Malah, beberapa individu yang mewarisi saka turut tampil di ruangan komen untuk bercerita tentang pengalaman mereka. "Saya pun baru buang. Tapi ganas lagi. Habis ustaz tu kena. Dicakar, disepak. Sakit nak buang. Dari kecil 'dia' berminat dengan saya. Lagi dua belum buang. Antara video lain yang dikongsi oleh akaun TikTok pusat rawatan itu. "Dulu selalu jadi macam ni tapi sekarang dah okay, cuma dia ikut dan tak kacau. Saya punya saka harimau hitam. Semoga dipermudahkan urusan adik ni. "Sama macam anak lelaki saya. Umur sembilan tahun, bersilat je kerjanya. Selalu mimpi ada orang ajar dia memanah, mimpi ada bantu dia dalam bahaya," tulis beberapa netizen lagi. Sebagai peringatan, perbuatan membela jin yang disebut sebagai saka, belaan atau apa sahaja adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube