SELEPAS ibu meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu, rumah arwah di Temerloh, Pahang terbiar tanpa dihuni sesiapa. Atas nasihat ahli keluarga yang lain, Johan membawa anak-anak dan isterinya pulang menziarahi rumah pusaka arwah ibunya itu pada cuti persekolahan Ogos lalu. Mengikut rancangan asal, Johan mahu menetap di sana selama empat hari bagi membersihkan segala semak-samun, namun mereka hanya mampu bertahan satu malam sahaja. Ketika senja mulai berlabuh pada hari pertama mereka di sana, Johan bersama anak-anak dan isteri memilih untuk berehat dan hanya akan memulakan pembersihan pada esoknya. Secara tiba-tiba, mereka terdengar bunyi ayam yang berkokok tidak henti-henti, seperti diganggu sesuatu. Kelibat wanita tua biasanya dikaitkan dengan hantu nenek kebayan. -Gambar hiasan "Eh sejak bila pula ada ayam? Bukan ke semua ayam tu dah disembelih selepas arwah mak abang meninggal?" tanya Marlia kepada suaminya yang sedang berehat di atas sofa. Anak-anak mereka iaitu Marini, Fikri dan Fathul mula berpandangan antara satu sama lain dan berpelukan sesama sendiri. "Mungkin ayam-ayam jiran kena kejar dengan musang," jawab Johan ringkas kepada isterinya. Lima minit berlalu, namun bunyi ayam itu masih tidak berhenti menyebabkan mereka sekeluarga mula tidak sedap hati. Johan terus bangun mengambil lampu suluh dan memberanikan diri untuk membuka pintu dapur. Johan dah syak lama yang arwah mak bela saka... apabila jadi macam ni baru Johan percaya. JOHAN ANAK ARWAH Meskipun yang lain mula ketakutan, anak perempuan sulung Johan iaitu Marini yang berusia lapan tahun terus mengekorinya ke pintu dapur. Johan terus menghalakan lampu suluh ke arah hutan dan semak-samun di belakang rumah pusaka itu sebelum dia tiba-tiba dikejutkan dengan kelibat wanita tua berbadan bongkok. Johan hanya mendiamkan diri, namun wanita tua itu terus berpaling, menyebabkan Marini yang berada dengannya terus menjerit dan berlari masuk ke ruang tamu. Johan tergamam seketika kerana wajah wanita tua itu sangat mirip dengan arwah ibunya dan ketika dia cuba menyuluh sekali lagi, kelibat berkenaan terus hilang daripada pandangan. "Kakak nampak opah, kakak nampak opah! Kenapa muka opah hitam terbakar," laung si Marini sambil memeluk ibunya. ARTIKEL BERKAITAN: Otak mat rempit berkecai rempuh belakang lori, sepupu meracau awal pagi selepas balik tengok jenazah ARTIKEL BERKAITAN: Tukang towing menyesal tengok mayat rentung, sekeluarga kena badi! Tragedi kereta hangus di Jeli terus jadi misteri Johan terus menutup pintu dapur dan berlari untuk menenangkan anak sulungnya selepas melihat kelibat misteri itu. Marini terus meracau, badannya juga mula bertukar panas seperti budak yang sedang demam. Selepas didesak oleh isterinya, Johan melaungkan azan di setiap penjuru rumah dan 10 minit kemudian, anaknya juga mula berhenti meracau. Mereka sekeluarga tidur dalam keadaan tidak tenang pada malam itu dan bacaan al-Quran juga dibiarkan terpasang daripada telefon bimbit. Keesokan harinya, mereka sekeluarga terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan membatalkan hasrat untuk membersihkan rumah pusaka itu. Kanak-kanak terdedah kepada gangguan jin dan syaitan. -Gambar hiasan Seminggu kemudian, Johan turut berjumpa dengan bapa saudaranya iaitu abang kepada arwah ibunya yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan. Selepas menceritakan apa yang berlaku, bapa saudaranya memaklumkan kepada Johan bahawa arwah ibunya memang membela 'saka' yang diturunkan daripada arwah moyang mereka. "Johan dah syak lama yang arwah mak bela saka. Tapi arwah tak pernah cerita. Apabila jadi macam ni, baru Johan percaya," ujar pemuda itu kepada bapa saudaranya. Dalam pertemuan itu, Johan turut berbincang untuk mengajak saudara-mara yang lain pulang semula ke rumah pusaka itu untuk mengadakan kenduri tahlil serta memanggil ustaz untuk 'membuang' saka yang masih ada. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube