SEORANG guru pasti tidak menyangka dirinya terdedah kepada perbuatan sihir hanya kerana isu biasa yang berlaku di sekolah. Dalam satu perkongsian di akaun TikTok pengamal perubatan Islam, seorang guru dikatakan telah disihir kerana menegur pelajarnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah. "Ibu pelajar tidak berpuas hati apabila anakya ditegur oleh mangsa (guru) kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. "Mangsa disihir sampai lumpuh separuh badan dan hilang ingatan. "Bukan senang untuk menjadi tenaga pengajar. Silap sikit dimaki, dimarahi oleh ibu bapa pelajar dan ada yang sampai disihir. Allahuakbar!" kata perawat Islam itu yang turut terkejut dengan apa yang berlaku. Difahamkan, mangsa bukan sahaja lumpuh separuh badan, malah semangatnya untuk terus mengajar juga hilang. Selain itu, tubuh mangsa kerap mengalami kesakitan yang meninggalkan kesan lebam. Amalan ilmu hitam masih wujud dalam masyarakat hari ini. -Gambar hiasan "Fikirannya juga sentiasa kabur, hilang upaya untuk meneruskan tugas sebagai guru, serta kerap mendengar suara bisikan 'aku akan seksa kau'. "Keadaan mangsa menjadi semakin teruk di sebelah malam di mana mangsa asyik mengamuk dan meracau, dan adakalanya mengambil pisau untuk menikam dirinya. "Mangsa juga sering nampak kelibat pocong dalam rumah dan selalu ada bau busuk. Selepas waktu Asar, badan mangsa akan menggigil dan kesejukan, selain badannya mengeras macam kena ikat. "Tak cukup dengan itu, mangsa akan sesak natas dan batuk tak berhenti, ada masa sampai keluar ketulan darah," jelas pengamal perubatan Islam tersebut. Tambahnya lagi, mangsa mengadu seperti ada pisau yang menghiris bahagian dalam perutnya sehingga tidak boleh tidur malam. Menjengah ke ruangan komen, warga maya seperti tidak percaya seorang ibu sanggup menyihir guru yang mendidik anaknya. "Macam mana boleh tahu ibu pelajar tu yang sihir? Cakap jin kita tidak boleh percaya sepenuhnya, boleh jatuh fitnah. "Perawat islam ni ada ilmu macam kamera litar tertutup (CCTV), dia mesti tahu siapa yang hantar benda-benda ni pada pesakitnya. Dengan izin Allah, pasti boleh," kata sebahagian warga maya memberikan pendapat masing-masing. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube