suria

Tidak bertuan, keris peninggalan arwah bapa tiba-tiba berdiri sendiri... Anak meracau selepas buka ikatan kain kuning

Kejadian keris berdiri sendiri pernah menjadi bualan ramai sebelum ini. -Gambar hiasan

SEMINGGU selepas Paksu Jusoh meninggal dunia, kediamannya di sebuah jajahan di negeri Kelantan mula sepi daripada kehadiran penghuni.

Selesai sahaja kenduri tahlil pada hari ketujuh, kesemua anak cucunya mula berangkat pulang ke rumah masing-masing.

Yang tinggal berdekatan hanyalah Mek Ani, anak sulung arwah Paksu Jusoh yang kini diamanahkan untuk menjaga rumah pusaka berkenaan.

Rumah papan di pinggir desa itu sememangnya sunyi kerana isteri arwah juga telah lama meninggal dunia.

Pada hujung minggu lalu, Mek Ani bersama anak lelakinya, Zamri, pergi ke kediaman itu untuk mengemas barang-barang milik arwah.

Ketika sedang mengemas di bilik tidur, Mek Ani terlihat bungkusan kain kuning yang diletakkan bersama lipatan kain pelikat.

mati

Barang peninggalan si mati perlu diuruskan sebaiknya dan diagihkan dengan adil. -Gambar hiasan

Tanpa berfikir panjang, Mek Ani membuka lilitan tali putih di sekeliling kain kuning itu dan dia melihat sebilah keris yang berwarna kehitam-hitaman.

Dia kemudiannya meletakkan keris itu di atas lantai dan terus menyelongkar almari milik bapanya untuk mengemas segala pakaian yang ditinggalkan.

Ketika sedang membelek buku-buku lama bapanya, Mek Ani terdengar seperti ada orang sedang berlari di atas bumbung rumah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengembara hilang ingatan disihir di Indonesia, 5 tahun jual bakso! Balik Malaysia selepas pulih, isteri dah kahwin lain

ARTIKEL BERKAITAN: Singgah R&R pagi buta, rupanya hutan! Beli otak-otak dapat baki duit daun kering, mujur tak sempat makan

Tiba-tiba, keris yang dikeluarkannya tadi mula bergetar di atas lantai sebelum ia tiba-tiba berdiri sendiri, seolah-olah terapung di udara.

Mek Ani yang terkejut terus menjerit kuat sehingga didengari oleh Zamri yang sedang membersihkan halaman rumah.

Mek Ani mula meracau seperti orang dirasuk, memaksa Zamri melaungkan azan untuk meredakan keadaan.

keris2

Penggunaan keris sering dikaitkan dengan elemen mistik. -Gambar hiasan

Ketika itu, mata Mek Ani bertukar merah, malah suaranya juga bertukar kasar.

Selepas hampir 15 minit melolong dan menggelupur, Mek Ani yang keletihan hanya mampu bersandar pada dinding sambil menangis.

"Ma tengok keris ni bangun sendiri, Ya Allah," ujar Mek Ani kepada anaknya.

Zamri terus mengambil keris itu yang sudah berhenti bergerak dan membalutnya semula di dalam kain kuning.

Selepas pulang ke rumah, Mek Ani bersama keluarganya pergi berjumpa dengan seorang ustaz untuk menceritakan kejadian berkenaan.

Menurut ustaz, arwah bapa Mek Ani tidak sempat menurunkan keris berkenaan kepada pewarisnya, menyebabkan Mek Ani diganggu selepas dia membuka ikatannya.

Atas bantuan ustaz, gangguan mistik berkaitan keris itu mula berhenti, malah ia juga telah disimpan di tempat selamat oleh suami Mek Ani.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain