MELANGKAH ke alam universiti dan berjauhan daripada ibu bapa memerlukan kekuatan diri. Apatah lagi ketika memasuki kolej kediaman yang berbeza suasananya daripada di rumah. Begitulah fasa kehidupan baharu yang perlu ditempuhi seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dikenali sebagai Marsya di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di selatan tanah air. Segalanya berjalan lancar pada minggu-minggu awal pengajian, malah Marsya berkesempatan membuat kawan baharu yang juga rakan sebiliknya dikenali sebagai Anis. Kenalan baharu boleh dijalinkan ketika berkongsi bilik. -Gambar hiasan Marsya dilihat serasi dengan Anis kerana masing-masing berkongsi mulut yang lancang dan tidak mudah terguris hati sekiranya berjenaka kasar, atau dalam erti kata mudah, 'masuk air'. Selaku gadis bandar dari Selangor, Marsya bersyukur akan keberadaan Anis kerana ia sedikit sebanyak membantunya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama. "Weh malam ni turun tak program solat Isyak berjemaah dekat dataran kolej kita? Aku macam malas nak pergi, tapi staf residen kolej cakap kehadiran wajib. "Boleh dapat stiker untuk permohonan kolej semester depan, kita dah la banyak kali ponteng program sebelum ni. Aku takut semester baharu nanti tiba-tiba kena campak duduk luar, nak cari rumah sewa yang selesa bukan senang. ARTIKEL BERKAITAN: Ayam keras, kuah kurang rasa tapi kedai sentiasa penuh... Ustaz tak sedap hati, terkejut jumpa bingkai aneh di dinding! "Jom la gerak sekali malam ni," ujar Anis cuba memujuk Marsya untuk menyertainya dalam program keagamaan pada malam tersebut. Masrya bagaimanapun tidak berminat dan sudah mempunyai perancangan untuk menghabiskan masa di bilik menonton filem. "Aku tak join kot, aku rasa petang kejap lagi aku period ni, harap-harapnya la. Kau pergi je, nanti tolong tandakan nama aku sekali dalam senarai kehadiran tu. "Alang-alang tu kirimkan sikit pahala solat kau dekat aku, memandangkan aku ni pendosa tegar," kata Marsya berseloroh. Weh Sya, kau histeria, kau okay tak ni? ANIS Tiba senja, Anis sedang bersiap untuk menghadiri program solat berjemaah, manakala Marsya yang hanya mengenakan pakaian tidur sibuk menjenguk ke luar tingkap, memerhatikan penghuni kolej berbondong-bondong berjalan menuju ke dataran. "Dah macam hantu gula-gula semua, ada perhimpunan pocong ke ni?," ujar Masrya sarkastik merujuk kepada kumpulan pelajar perempuan bertelekung yang sedang diperhatikannya. "Aduh kau ni, jahat sangat mulut tu. Kau betul tak nak ikut eh, aku gerak dulu tau. Jangan buat benda bukan-bukan waktu aku tak ada," kata Anis sebelum menutup pintu bilik. "Ya, kau tak perlu risau pasal aku, selamat mendekatkan diri dengan Tuhan," ujar Marysa yang pantas melabuhkan punggungnya di atas katil untuk bermalas-malasan. Lampu bilik yang sedikit malap menyebabkan Marsya menjadi mamai dan seterusnya terlelap, hasrat untuk menonton Netflix menerusi tablet akhirnya lebur. Menetap berseorangan di kolej kediaman pastinya menyeramkan. -Gambar hiasan Namun dalam keasyikan Marsya melayari alam mimpi, dia terjaga apabila mendengar bunyi tapak kaki di dalam bilik. "Weh Nis, kau dah balik ke? Awalnya habis solat," kata Marsya separuh sedar sambil cuba mencari rakannya di dalam bilik itu. Marsya bagaimanapun tersirap darah apabila pandangannya menangkap lembaga hitam berdiri di penjuru bilik, merenung terus ke arahnya. Walaupun dalam kesamaran, dapat dipastikan kewujudan entiti berkenaan dan ia bukanlah sekadar bayangan cahaya atau seangkatan dengannya. Marsya tergamam dengan mata terbuntang luas, badan menjadi kaku sehingga tidak mampu bergerak, sungguh diharapkan semua ini hanya mimpi dan bukannya realiti. Gangguan makhluk halus boleh berlaku kepada insan yang berjiwa lemah. -Gambar hiasan Setiap saat yang berlalu terasa berjam-jam lamanya, minda Marsya tidak berdaya memproses deruan adrenalin yang sedang dialami tubuhnya, serentak itu semuanya menjadi gelap. Marsya pengsan kerana ketakutan yang teramat sangat, segala ingatan tentang kejadian menimpanya menjadi pudar. Ketika kembali sedar, Marsya sudah berada di tengah surau sambil dikelilingi jemaah yang sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. "Weh Sya, kau histeria, kau okay tak ni?," ujar Anis. Kini Marysa sedar akan bahana percakapannya, benarlah peribahasa kerana mulut, badan binasa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube