suria

Dendam lama dorong janda termakan bisikan syaitan... Isteri baharu bekas suami jadi sasaran, langsung tak boleh tengok cermin!

Kehidupan moden tidak menghalang seseorang itu untuk menggunakan sihir. -Gambar hiasan

PERSELISIHAN faham yang kerap berlaku antara Azman dan isterinya, Farhana membuatkan mereka memilih jalan untuk berpisah.

Kini selepas lebih tiga bulan membawa haluan masing-masing, Azman bertemu jodoh baharu yang dikenali sebagai Amira.

Difahamkan Amira jauh lebih muda dan cantik berbanding Farhana.

Dek kerana itu juga, sifat dengki dan iri hati mula bertandang di hati Farhana lebih-lebih lagi apabila melihat kebahagiaan bekas suaminya dengan isteri baharu.

Rasa cemburu dalam diri Farhana memuncak hingga dia memutuskan untuk membalas dendam dengan berjumpa seorang bomoh tua.

Demi memenuhi niat jahatnya, Farhana sanggup menggadaikan rantai emas bernilai RM4,500 demi untuk membayar 'wang pengeras' kepada bomoh.

Cita-citanya cuma satu iaitu mahu melihat mahligai baharu bekas suami runtuh di tengah jalan.

Alam rumah tangga mempunyai pelbagai cabaran dan halangan. -Gambar hiasan

Sejak itu, kehidupan Azman dan Amira berubah menjadi mimpi buruk walaupun baru sahaja mengecapi kebahagian dalam rumah tangga.

Amira yang dulunya cantik kini semakin kusut selepas diganggu bayangan hitam dan halusinasi menakutkan hingga memuatkan wanita itu meracau setiap hari.

Rumah mereka juga dihantui pelbagai kejadian aneh dan bau busuk seperti bangkai dan sampah.

Setiap kali Amira berusaha untuk tidur dia akan terjaga dalam keadaan ketakutan, melihat bayangan-bayangan hitam bergerak di sekelilingnya.

Tidak hanya itu, pada pada suatu malam ketika Amira berada sendirian di rumah, dia terpandang cermin di bilik tidur.

Apa yang mengejutkan wanita itu adalah apabila bayangannya di dalam cermin kelihatan jauh lebih menakutkan daripada diri sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercuti ke Indonesia, wanita berstatus isteri orang gila bayang dengan tour guide... Syak dicalit minyak pengasih masa nak naik bot

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa botol di celah batu pantai, ada beras dan foto lelaki... Ramai cuba rungkai misteri - “Dia tutup rezeki orang dalam gambar tu”

Keadaan itu membuatkan Azman runsing kerana kasihan dengan apa yang terpaksa dilalui si isteri.

Bagaimanapun usahanya dengan mendapatkan bantuan daripada doktor serta pakar psikologi tidak memberikan hasil yang memuaskan.

Dia yang semakin hilang sabar akhirnya mendapatkan pertolongan daripada beberapa individu yang pakar tentang ilmu perubatan Islam untuk merungkai apa yang terjadi.

Ternyata kesemua mereka sepakat dengan pendapat yang mengatakan rumah tangga Azman dan isterinya diganggu seseorang dengan ilmu hitam.

Seakan menyedari perbuatan jahatnya mula dihidu, Farhana akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan sihir yang dilakukannya.

Amalan sihir dilarang dalam Islam. -Gambar hiasan

Syukur akhirnya Azman dan Amira kembali menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri dengan aman.

Namun Azman mengambil keputusan untuk bersemuka dengan bekas isterinya bagi mendapatkan penjelasan.

Tanpa berselindung, Farhana mengakui dia adalah orang yang bertanggungjawab mengganggu rumah tangga Azman namun kesal dengan perbuatan syirik itu.

Sebagai peringatan bersama, Islam melarang umatnya menyekutukan Allah dengan amalan syirik.

Menggunakan sihir adalah dosa besar yang boleh merosakkan iman seseorang dan mendatangkan azab di dunia dan akhirat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain