suria

Perempuan ‘peruntuh masjid’ main kotor, guna sihir pemisah rampas suami orang! Pertemuan selepas 14 tahun buat bekas isteri terkejut

Sihir pemisah sering dikatakan menjadi punca penceraian sesetengah pihak. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti cuba untuk mengekalkan ikatan yang terjalin walau apa jua rintangan yang mendatang.

Apatah lagi apabila mengetahui rumah tangga yang dibina bergolak disebabkan sihir pemisah, angkara orang ketiga.

Melalui situasi tersebut, seorang wanita berkongsi perjalanan rumah tangganya yang dilanda gelora.

Menyingkap kisah pilu yang berlaku 14 tahun lalu, dia yang ingin dikenali sebagai Cinta berkata, hubungannya dan suami diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Sebagai wanita bergelar isteri, dia cuba untuk mempertahankan mahligai impian yang dibina bersama insan tersayang dengan mendapatkan rawatan perubatan Islam.

"Saya diberitahu terkena sihir pemisah, 14 tahun lalu," luahnya ringkas.

Bagaimanapun ketika itu suaminya enggan mempercayai setiap bibit kata yang disampaikan perawat.

Perkahwinan yang dibina musnah kerana orang ketiga. -Gambar hiasan

Perkahwinan yang dibina musnah kerana orang ketiga. -Gambar hiasan

Malah beranggapan perkara tersebut hanya rekaan perawat untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Susulan itu, setiap ikhtiar yang dilakukan untuk membaiki bahtera rumah tangganya sukar dilaksanakan dan seolah-olah 'ditawarkan' dek kerana sikap suaminya.

"Bekas suami tak percaya yang dia terkena sihir pemisah, kalau berubat bersama-sama ni, suami kena percaya juga... kalau tak memang tak menjadi," katanya lagi.

Sikap suaminya yang sambil lewa apabila dimaklumkan tentang rawatan dan amalan yang perlu dilakukan akhirnya memakan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengembara hilang ingatan disihir di Indonesia, 5 tahun jual bakso! Balik Malaysia selepas pulih, isteri dah kahwin lain

Lebih menyedihkan apabila suaminya mengambil keputusan untuk berpisah dan menceraikannya demi mengikut 'orang ketiga' meskipun dimaklumkan tentang amalan syirik yang diamalkan.

"Bekas suami ikut perempuan tu dan teruskan hubungan mereka sampai berkahwin," imbaunya lagi.

Meskipun kecewa dengan sikap suaminya, Cinta tetap tabah dan berusaha sehingga akhirnya dia reda dengan takdir yang tertulis dalam hidupnya.

Tambahan pula, ikhtiar dan rawatan yang dilakukan tidak berhasil.

Namun sekitar Ogos lalu, dia tidak menyangka bekas suaminya tiba-tiba kembali menghubungi.

Mereka yang terkena sihir enggan melakukan rawatan perubatan Islam. -Gambar hiasan

Mereka yang terkena sihir enggan melakukan rawatan perubatan Islam. -Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit turut mengaku dia disihir dan tidak sedar tentang penceraian yang berlaku.

"Dia tiba-tiba kembali dan beritahu yang dia tak sedar masa ceraikan saya dulu.

"Setelah dia sedari dan percaya disihir, barulah dia tawarkan diri untuk pergi berubat.

"Tapi malangnya, sihir yang dikenakan ke atasnya semakin teruk dan akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir baru-baru ini," ujarnya.

Untuk peringatan bersama, dalam Islam mempelajari dan mengamalkan ilmu sihir adalah haram sebagaimana sabda Baginda Rasulullah: Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan.

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu?

Sabda Baginda: "Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina." - [HR Bukhari 2766].

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain