SOLEKAN dan wanita tidak boleh dipisahkan, malah hari ini ramai yang berani mempelbagaikan teknik solekan supaya wajah mereka nampak lebih cantik dan menonjol. Tapi awas! Cara solekan yang kurang tepat akan membuatkan wajah seseorang kelihatan seakan pelik selain mekap tidak dapat bertahan lama. Menurut jurusolek profesional, Valshuq Izzadi, sebenarnya tiada sebarang kesilapan dalam solekan kerana setiap individu memiliki kreativiti masing-masing. Valshuq merupakan jurusolek kepada penyanyi Datuk Syafinaz Selamat. Namun, ada beberapa perkara yang harus dititikberatkan dalam ketika bersolek antaranya penggunaan foundation, eyeliner, blusher, lipstick dan make-up base yang bersesuaian. Ayuh, kita baca 10 perkara yang harus dielakkan ketika mengenakan solekan di wajah. 1. Elakkan menggunakan foundation muka melebihi keperluan yang sepatutnya. Gunakan secara berpada-pada mengikut kesesuaian warna kulit. 2. Kurang sesuai jika menggunakan liquid eyeliner di bawah mata dan kening. 3. Kadang-kadang penggunaan blusher atau pemerah pipi yang berlebihan menyebabkan kulit wajah kelihatan seperti terbakar terutamanya di waktu malam. Solekan memerlukan latihan dan kreativiti. 4. Elakkan menggunakan gincu melebihi bentuk asal bibir, takut nanti bibir anda nampak pelik pula! 5. Pilih warna foundation yang sesuai dengan kulit. Elakkan warna yang jauh lebih cerah atau gelap daripada kulit asal. 6. Bulu mata juga memainkan peranan penting dalam tatarias wajah, penggunaan bulu mata yang terlalu panjang sehingga hampir mencecah bawah kening membuatkan penampilan anda nampak pelik. 7. Pilih warna yang sesuai untuk pembayang mata atau eyeshadow terutamanya ketika penggunaan di waktu siang. Elakkan memilih warna yang terlalu dramatik atau terang. Dandanan rambut turut memainkan peranan penting dalam menonjolkan solekan seseorang wanita. 8. Highlight pada wajah mampu menonjolkan lagi bentuk wajah seseorang, namun jika penggunaan berlebihan boleh menyebabkan muka nampak tidak fresh dan aneh! 9. Shadding dan contouring yang berlebihan pada mekap harian terutamanya di siang hari adalah kurang sesuai. Gunakan secara minima supaya nampak lebih semulajadi. 10. Perkara paling penting sebelum memulakan solekan adalah dengan mengenakan make-up base. Pastikan anda memilih make-up base yang sesuai dengan kulit wajah anda supaya hasilnya nampak wow dan menakjubkan. Senangkan?