suria

Orang lain bertudung nampak cantik tapi kita tidak? Bentuk wajah puncanya

Didiyana merupakan jurugaya tudung kepada beberapa selebriti terkenal tanah air. - Instagram @didiyanaehsan

PERNAHKAH anda terfikir mengapa ada gaya-gaya hijab tertentu tidak sesuai untuk anda sedangkan ia nampak elok dipakai oleh wanita lain?

Boleh terbantut hajat nak tampil stailo apabila tudung yang dipakai tidak memberikan 'kerjasama'.

Jawapannya ialah kerana setiap wanita mempunyai bentuk wajah yang berbeza dan anda harus bijak memilih gaya yang paling sesuai untuk menyerlahkan keanggunan anda!

Penggaya hijab selebriti Didiyana Ehsan, 30, berkongsi tip untuk memperagakan tudung mengikut empat jenis bentuk wajah.

Bella antara selebriti wanita yang sesuai menggayakan pelbagai 'style' tudung kerana memiliki bentuk wajah bujur.- Instagram @belladally

1. Bujur

Wanita yang bermuka bujur memiliki ukuran vertikal wajah yang lebih panjang sedikit berbanding kelebaran wajahnya.

Wajah bujur adalah bentuk muka yang universal dan ramai wanita memiliki bentuk wajah seperti ini.

Anda bertuah kerana sesuai mengayakan semua jenis style hijab.

Pemakaian 'inner' dapat memberikan kesan wajah lebih seimbang.- Instagram @haniszalikha

2. Lonjong

Jika anda memiliki muka yang lonjong pula, panjang ukuran vertikal wajah anda lebih ketara berbanding kelebarannya.

Wanita yang berwajah lonjong harus elak mengenakan tudung yang mempunyai awning tinggi agar tidak membuatkan muka anda lebih panjang.

Cuba gunakan inner untuk membuatkan bentuk muka anda kelihatan lebih seimbang.

Gaya hidup 'flowy' sesuai untuk mereka berwajah bulat.- Instagram @ctdk

3. Bulat

Mereka yang bermuka bulat memiliki panjang dan lebar wajah yang sama dan tidak mempunyai suduh di bahagian rahang.

Gaya tudung yang sesuai dengan anda adalah jenis flowy kerana dapat menyorok bahagian pipi dan penampilan akan lebih trendy jika dipadankan dengan sepasang cermin mata hitam.

Pakai 'awning' atau tudung paling hampir dengan garisan dahi untuk nampak lebih panjang.- Instagram @aydajebat

4. Petak

Bentuk rahang pada wajah wanita yang memiliki bentuk muka petak agak tajam dan mereka mempunyai lengkok yang minimum di setiap 'bucu' wajah.

Gunakan tudung daripada warna-warna pastel atau lembut untuk mengurangkan garisan rahang yang membuatkan wajah anda kelihatan maskulin.

Anda juga boleh memakai tudung paling hampir dengan garisan dahi (sedikit tinggi) untuk menampakkan wajah lebih panjang.

Selain tujuan utama mengenakan hijab adalah untuk menutup aurat, golongan wanita juga harus bijak menyesuaikan gaya yang diingini dengan bentuk wajah mereka agar penampilan jadi lebih menarik.

Pemilihan gaya tudung yang sesuai akan menyerlahkan lagi keanggunan seorang wanita.

Mudah-mudahan dengan petua ini, ia memberi panduan untuk anda memilih tudung sesuai. Tentu sekali suami atau si dia akan lebih terpesona dengan penampilan baharu anda bersama tudung yang sesuai.

Didiyana Ehsan, gaya tudung

Artikel Lain