suria

'Double chin' tidak hanya 'menumpang' bawah leher si gempal, ini sebenarnya punca dagu berlapis!

MEMPUNYAI 'double chin' atau dagu berlapis disebabkan lapisan lemak yang terkumpul di bawah dagu sangat mempengaruhi keyakinan diri seseorang, khususnya kaum wanita.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya 'double chin', tetapi ramai yang menganggap ia disebabkan berat badan berlebihan.

Ternyata tanggapan tersebut salah!

Pemilik bersama Tokyo Inc, Yumi berkata masalah 'double chin' timbul kerana terdapat cairan yang terkumpul dan tidak dapat dicerna dengan baik.

"Selain cairan yang terkumpul, 'double chin' muncul akibat peredaran darah yang tidak lancar yang akhirnya tertumpu di bahagian dagu atau leher. Akhirnya, nampak berlapis," kata Yumi memetik Viva.

Jadi, memiliki bentuk tubuh yang besar atau gempal tidak bermakna anda pasti memiliki 'double chin'.

"Bukan hanya bentuk tubuh yang besar, yang bertubuh kecil juga boleh mempunyai 'double chin' disebabkan peredaran darah yang tidak lancar," katanya.

Selain faktor cecair yang 'menumpang' di kawasan sekitar leher, 'double chin' terjadi disebabkan faktor keturunan, makanan, termasuklah pola kehidupan yang tidak baik.

"Faktor genetik juga mempengaruhi, begitu juga pola hidup yang tidak sihat.

"Maka ia perlu diimbangi dengan makan sihat dan senaman yang teratur supaya peredaran cairan di tubuh lancar dan baik," katanya.

double chin, dagu berlapis, tip, senaman

Artikel Lain