MEMILIKI kulit yang berseri dan bercahaya adalah idaman setiap insan. Selebriti seperti Kate Middleton dan Miranda Kerr berkongsi rahsia kecantikan kulit yang sama. Kedua-dua wanita jelita itu menggunakan minyak rosehip dalam rejim kecantikan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Mekap anda sia-sia jika terus buat 8 kesilapan rutin kecantikan ini Minyak rosehip diekstrak daripada biji beberapa jenis pokok mawar. Mengikut sejarahnya, minyak tersebut digunakan oleh orang Mesir, Mayan dan orang asli Amerika untuk tujuan kesihatan. Lihatlah betapa berserinya kulit wajah Miranda Kerr. - Vogue Australia Ahli dermatologi kosmetik dari Amerika Syarikat (AS), Y. Claire Chang dan Melissa K. Levin berkata, minyak rosehip sering digunakan dalam rawatan penyakit keradangan dan beberapa masalah berkaitan kulit. "Minyak rosehip memiliki antioksidan, vitamin dan asid lemak penting yang memberikan manfaat kepada kulit. "Bagaimanapun, masih belum jelas bagaimana formulasi topikal sedia ada menembusi kulit dan lebih banyak kajian klinikal diperlukan untuk mengesahkan kelebihan minyak ini," kata Chang. Tambah Chang, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan minyak rosehip membantu mempercepatkan penyembuhan luka, kesan parut, terbakar, ekzema dan kulit kering. Minyak rosehip memiliki antioksidan, vitamin dan asid lemak penting yang memberikan manfaat kepada kulit. CLAIRE CHANG Sementara itu, Levin pula berkata, komposisi minyak rosehip berguna untuk meneutralisasikan tekanan oksidatif yang menjadi salah satu sebab proses penuaan pramatang. Minyak rosehip juga mengandungi segala yang diperlukan untuk menghasilkan kulit yang berseri-seri kerana kandungan Vitamin A di dalamnya boleh memulihkan garisan halus pada kulit, sementara Vitamin C pula mencerahkan tompok hitam dan menggalakkan penghasilan kolagen. Sebagai tambahan, minyak roseship mengandungi Vitamin E untuk perlindungan daripada sinar suria dan pencemaran alam sekitar. - Harpers Bazaar