suria

Bukan Rihanna, tapi kosmetik Fenty Beauty lantik pelakon The Hunger Games jadi duta sulung!

Stenberg menjadi duta pertama jenama kosmetik Fenty Beauty. - Instagram @amandlasponsored

JENAMA kosmetik Fenty Beauty milik penyanyi terkemuka dunia, Rihanna memperkenalkan wajah terkini jenama itu.

Fenty Beauty mengumumkan pelakon Amanda Stenberg sebagai duta terbaharunya.

Bintang yang dikenali menerusi watak filem The Hunger Games dan Everything, Everything  telah bekerjasama dengan jenama kecantikan itu sebagai duta sulung mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Mekap anda sia-sia jika terus buat 8 kesilapan rutin kecantikan ini

Amanda Stenberg turut membintangi filem The Hunger Games. - Instagram @amandlasponsored

"Saya ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Fenty Family kerana ia antara jenama kecantikan yang membuatkan saya menjadi diri sendiri.

"Semangat yang ada pada Fenty Beauty membuatkan saya rasa berkuasa dan teruja untuk membiarkan pelbagai aspek diri saya menyinar," katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi Instagram Fenty Beauty.

Stenberg bukanlah asing dalam dunia kecantikan kerana sebelum ini aktres berusia 21 tahun itu pernah tampil bersama anak penyanyi Madonna, Lourden Leon dalam kempen wangian Stella McCartney pada 2016.

Bintang kelahiran Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu turut muncul sebagai penghias muka depan majalah utama seperti Teen Vogue, Dazed dan Elle UK.

Kolaborasi terkini itu merupakan pengumuman berprofil tinggi daripada kem Fenty Beauty selepas syarikat tersebut melancarkan produk penjagaan kulit pertama mereka pada awal bulan ini. - Relax News/Star2


Fenty Beauty diasaskan oleh penyanyi Rihanna. - Instagram @fentybeauty

Fenty Beauty, Amanda Stenberg

Artikel Lain