suria

Walau ke mahkamah, gaya Cardi B umpama catwalk di karpet merah!

Kemunculan Cardi B di mahkamah sentiasa mendapat perhatian.

PENYANYI rap kontroversi Cardi B mungkin sedang berhadapan kes mahkamah, namun perkara itu tidak pernah menghalangnya untuk melangkah bergaya setiap kali menghadiri perbicaraan.

ARTIKEL BERKAITAN: Debaran kian terasa! Norish Kareem cari pereka tempatan sertai pertunjukan fesyen sempena London Fashion Week

Malah penyanyi berusia 27 tahun itu sentiasa berjaya mengalihkan perhatian umum mengenai kes mahkamahnya kerana ramai lebih berminat untuk mengetahui fesyen yang dipakai.

Cardi memilih pakaian rekaan Christian Siriano yang lebih sopan.

Setiap kali Cardi muncul di pekarangan mahkamah, ia bagaikan acara karpet merah apabila paparazi berkerumun untuk merakamkan gambarnya.

Cardi yang menyerah diri kepada pihak polis telah mengejutkan peminat apabila tampil dengan solekan tebal, lengkap dengan rambut palsu 'blonde' persis Marilyn Monroe.

Manakala pada perbicaraan pertama kes itu, mata peminatnya tak berkedip melihat Cardi memandangkan dia tampil dengan rambut tujuh warna berbeza seperti pelangi.

Sut merah jambu melambangkan keyakinannya.

Tidak cukup dengan itu, Cardi memilih blaus cetakan harimau bintang lengkap dengan jaket bulu berwarna hitam, manakala pada Januari lalu, Cardi tampil 'suci' apabila memilih busana berwarna putih rekaan Christian Siriano.

Cardi juga mengikat rambutnya ke belakang bagi melengkapkan gaya sederhananya, namun beg tangan Hermes yang dijinjingnya menjadi perhatian.

Imej 'bersih' itu nampanya tidak kekal lama apabila Cardi tampil dengan sut merah jambu daripada Ferragamo yang menampakkan lurah dadanya.

Fesyen berlebihan ke mahkamah membuatkan Cardi sentiasa menjadi perhatian umum.

Pendek kata, pemilihan pakaian Cardi ke mahkamah memang berani tapi nasib baik hakim tidak menghalaunya pulang untuk menukar pakaian lebih sopan.

Cardi dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa menyerang seorang wanita di sebuah kelab tahun lalu dipercayai kerana berang apabila mendapat tahu individu itu meniduri suaminya, Offset.

Bagaimanapun penyanyi lagu Bodak Yellow itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. - PAGE SIX

Cardi B

Artikel Lain