KEBIASAANNYA apabila menyebut tentang suntikan botox ia sering dikaitkan dengan rawatan menegangkan wajah namun apa yang dilakukan oleh selebriti Chrissy Teigen adalah sebaliknya. Isteri kepada penyanyi R&B John Legend itu tidak melakukan botox di wajah sebaliknya menyuntik pada bahagian ketiaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Cukur bulu ketiak pun ada cara dan aturannya... jom semak! Chrissy memberitahu dia melakukan suntikan di bahagian itu bukan untuk menegangkan bahagian kulit ketiaknya yang berlipat tetapi bagi mengelak masalah berpeluh. Ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberitahu ia rawatan terbaik yang pernah dilakukannya. Botox mempunyai zat protein yang menghasilkan bakteria dipanggil clostridium botulinum yang mampu membuatkan otot berada dalam keadaan anjal. Dalam dunia kecantikan, penggunaan suntikan itu berfungsi untuk menghilangkan kedutan wajah, membetulkan rahang serta mengurangkan penghasilan peluh berlebihan. Chrissy memberitahu dia gembira dengan hasil rawatan itu selain tidak lagi berasa takut untuk memakai pakaian nipis seperti sutera atau tanpa lengan. Menurut National Health Service (NHS), peluh berlebihan juga dikenali sebagai hiperhidrosis. Keadaan ini terhasil daripada stimulasi kelenjar peluh yang berlebihan.