suria

Rupa-rupanya susu boleh melambatkan proses penuaan... Ikuti 4 tip ini

Susu bukan sahaja baik untuk diminum malah mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kulit.

SUSU merupakan sumber protein dan kalsium yang penting untuk kesihatan badan. Itu juga sebabnya, bayi dan kanak-kanak digalakkan minum susu setiap hari.

Tapi di sebalik itu, tahukah anda bahawa susu juga memiliki manfaat untuk menjaga kesihatan kulit? Jadi, sudah tiba masanya untuk menyenaraikan susu sebagai salah satu produk untuk kecantikan anda!

ARTIKEL BERKAITAN: Kutu 'berumah' di bulu mata, wanita suka bersolek sila ambil perhatian!

Dari melembapkan hingga melawan tanda-tanda penuaan, berikut adalah empat manfaat susu untuk kecantikan yang boleh diamalkan khususnya dalam kalangan wanita.

1. Membersihkan kulit

Tahukah anda susu juga boleh dijadikan sebagai pembersih wajah? Susu sebenarnya dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dengan cara yang lembut.

Caranya mudah, ambil segelas susu dan sapukan pada wajah. Urut perlahan-lahan sebelum bilas dengan kapas atau tisu.

Susu juga boleh meningkatkan pengeluaran kolagen untuk membuatkan kulit anda kelihatan segar.

2. Melawan tanda-tanda penuaan

Susu mengandungi asid laktik yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesegaran kulit. Asid ini membantu menambah pengeluaran kolagen yang menurun seiring dengan pertambahan usia.

Penambahan kolagen sangat penting dalam membuatkan kulit anda menjadi lebih tegang. Untuk mendapatkan kesan yang lebih maksimum, sebaiknya gunakan susu mentah untuk disapu ke bahagian wajah dan kulit di bahagian lain.

3. Perlindungan sinaran matahari

Sinaran matahari boleh menyebabkan kulit seseorang rosak apabila terdedah kepadanya dalam tempoh lama tapi dengan menggunakan susu ia mampu mengatasinya.

Ini kerana susu mengandungi antioksidan yang mampu menjadi pelindung selain melembapkan kulit.

4. Pelembap

Susu mentah mengandungi asid laktik yang cukup tinggi dan ia boleh menjadi pelembap semulajadi yang baik untuk kulit anda.

Caranya, celupkan kapas ke dalam susu dan sapukan pada kulit wajah, seterusnya biarkan ia selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Mudah bukan?

Susu, Kecantikan, Kolagen, Asid Laktik

Artikel Lain