suria

Nak elak penuaan di usia muda? Senang je, cuba guna 5 bahan semula jadi ini, terbukti selamat!

Segelintir wanita obses untuk kelihatan cantik hingga sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impian mereka tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung.

WANITA sememangnya obses untuk kelihatan cantik, hinggakan ada yang sanggup lakukan apa sahaja demi merealisasikan impian mereka.

Malah ada segelintir daripada mereka terpengaruh dengan iklan pelbagai produk yang kononnya mampu memberikan hasil dalam masa singkat, tanpa mengetahui kesan sampingan akibat pengambilan produk berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak minyak wangi tahan lebih lama? Cuba 5 cara mudah ini, senang je! 

ARTIKEL BERKAITAN: Nak cepat hingga terlupa? Ketahui 7 item ‘penyelamat’ wanita yang perlu ada dalam beg kecemasan 

Sungguhpun Kementerian Kesihatan sudah beberapa kali mengeluarkan senarai produk mengandungi bahan berbahaya, masih ramai yang degil dan tidak mengambil iktibar daripada kes sebelum ini.

Daripada anda mendedahkan diri kepada risiko akibat pengambilan produk yang tidak diketahui sumber dan bahannya, apa kata cuba lima bahan semula jadi ini yang bukan sahaja boleh mencantikkan wajah, malah mampu melambatkan proses penuaan.

1) Putih telur

Kebanyakan masker yang terdapat di pasaran juga menggunakan putih telur sebagai bahan utama mereka. Jadi, apa kata anda cuba sendiri di rumah.

Putih telur digunakan secara meluas sebagai bahan utama dalam produk kecantikan sebaagi masker muka.

Caranya, ambil sebiji telur dan gunakan telur putih sahaja. Gunakan berus masker dan ratakan putih telur ke seluruh wajah. Kemudian ambil dua helai tisu muka dan tepekkan di wajah anda seperti topeng. Biarkan beberapa minit sehingga kering dan kemudian bilas.

Putih telur mampu menghilangkan jeragat, pori-pori dan liang roma yang tersumbat.

2) Beras 

Tahukah anda wanita di Jepun dan Korea banyak menggunakan beras putih untuk wajah mereka., sekaligus menjadikan kulit mereka kelihatan cerah dan mulus. Vitamin E yang terkandung dalam beras berfungsi sebagai anti oksida, manakala vitamin A berfungsi melawan tanda-tanda penuaan. Apa kata anda cuba buat masker beras putih.

Caranya, rendam setengah cawan beras selama 40 minit. Selepas beras lembut, toskan tapi jangan dibuang air rendaman, kemudian kisar beras hingga halus. Seterusnya sapukan ke wajah dan biar selama 30 minit. Bilas dengan air rendaman dan akhir sekali gunakan air bersih untuk bilas sekali lagi.

3) Aloe vera

Semakin meningkat usia, wajah kita akan ‘dihiasi’ dengan garis-garis halus, malah mungkin ditambah pula dengan pakej kusam. Usah bimbang, ini proses normal bagi setiap individu yang bertambah umurnya. Bagi mengatasi masalah ini, kulit perlu dehidrasi agar lembab semula.

Aloe vera digunakan untuk mengembalikan semula kelembapan wajah. 

Caranya, ambil dua batang aloe vera, basuh sehingga bersih dan kemudian belah di bahagian tengah untuk diambil isinya. Isikan dalam mangkuk. Jika anda mempunyai timun, gaulkan isi aloe vera bersama timun yang dikisar. Ratakan ke seluruh wajah dan bilas selepas 30 minit.

4) Uncang teh

Bebanan kerja di pejabat atau di rumah kadang-kadang membuatkan kita terpaksa tidur lewat. Keadaan ini menyebabkan bawah mata akan kelihatan lebam dan lesu, sekaligus membuatkan wajah kelihatan tua.Usah bimbang, apa kata cuba tip ini.

Ambil dua uncang teh dan rendamkan ke dalam air panas selama lima minit. Kemudian, angkat dan biar seketika untuk menghilangkan kesan panas. Letakkan di kedua-dua belah mata anda selama 10 minit. Untuk kesan yang lebih baik, tip ini perlu dilakukan secara konsisten iaitu tiga kali seminggu.

5) Tomato

Tomato sememangnya mempunyai banyak faedah kepada tubuh badan, khususnya kulit. Kandungan vitamin C dalam tomato berperanan mencerahkan kulit dan menghilangkan lingkaran di bawah mata. Manakala kandungan vitamin B9 berfungsi menggantikan sel kulit mati dengan kulit yang baru. Sama seperti bahan yang di atas, tomato juga digunakan sebagai masker muka.

Caranya, potong kecil atau lenyek tomato, kemudian sapukan ke muka. Bilas dengan air bersih selepas 10 minit.

Produk makanan tambahan T'neeq menggunakan tomato sebagai bahan utama yang digabung bersama bahan semula jadi yang lain.

Beberapa produk di pasaran juga menjadikan tomato sebagai bahan utama mereka. Mengambil faedah tomato yang tinggi dengan khasiat, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim turut tampil dengan produk yang diformulasi daripada tomato.

Selain tomato sebagai bahan asas, produk yang diberi nama T’Neeq itu digabungkan bersama beberapa bahan semula jadi seperti L-Glutathione, L-Cysteine, Coenzyme Q10, Ascorbyl Palmitate dan Vitamin C. Bahan-bahan dalam tablet T’Neeq adalah bahan aktif  dan bukan sintetik dan diformulasi bukan untuk memutihkan kulit, sebaliknya dapat mencerahkan kulit secara sihat dari dalam.  

T'Neeq, tomato, penuaan, bahan semula jadi

Artikel Lain