suria

Bella Hadid wanita tercantik dunia, miliki dagu 99.7 peratus sempurna!

Model berusia 23 tahun ini pernah merangkul gelaran 'Model of The Year 2016.

SUPERMODEL Bella Hadid dinamakan sebagai wanita paling cantik di dunia, mengalahkan beberapa jelitawan lain termasuk saudaranya, Gigi Hadid.

Turut tersingkir dalam senarai calon adalah selebriti seperti Beyonce, Cara Delevingne dan Katy Perry.

Menurut Golden Ratio of Beauty Phi - skala pengiraan untuk kecantikan fizikal yang dibangunkan di zaman Greek menggunakan Matematik mendapati model berusia 23 tahun itu mencapai markah tertinggi iaitu ketepatan 94.35 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Manjakan diri di rumah, cipta suasana ala spa dengan hanya 5 langkah mudah

Malahan dagu Hadid, kedudukan mata dan dahinya didapati antara yang paling sempurna menurut teknik penghasilan gaya.

Bella ketika memperagakan koleksi Versace di Milan baru-baru ini.

Berdasarkan skala pengiraan itu, Beyonce menduduki tangga ke dua dalam senarai, diikuti Amber Heard, Ariana Grande dan Taylor Swift.

Menurut laporan media, penilaian dilakukan pakar bedah kosmetik wajah terkemuka di Londor, Dr Julian De Silva.

"Jelas sekali Bella Hadid adalah pemenangnya apabila semua elemen pada wajah yang dinilai menjurus kepada kesempurnaan fizikal.

"Dia memperoleh markah tertinggi untuk dagunya dengan 99.7 peratus hanya 0.3 peratus daripada kadar kesempurnaan," kata Dr Julian mengenai model Amerika Syarikat itu kepada The Daily Mail.

Berikut antara penampilan menarik Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid.- indianexpress.com

Bella Hadid, Greek, Dr Julian

Artikel Lain