suria

Bukan saja penyeri kek, ketahui 5 manfaat blueberry untuk kulit dan rambut

Buah blueberry sememangnya kaya dengan vitamin A, E dan C, justeru ia sangat bermanfaat bukan saja untuk kulit wajah, tetapi juga rambut.

BUAH-BUAHAN dan tanaman sememangnya sudah digunakan oleh golongan wanita sejak berabad lamanya untuk tujuan rawatan kulit.

Kita biasa dengar manfaat daun lidah buaya, timun, tomato, buah zaitun dan sebagainya yang digunakan untuk merawat kulit wajah.

Namun, pernahkan anda dengar khasiat buah blueberry?

ARTIKEL BERKAITAN: Manjakan diri di rumah, cipta suasana ala spa dengan hanya 5 langkah mudah 

ARTIKEL BERKAITAN: Kuku kasar dan mudah pecah? Jom cek kesalahan yang biasa dilakukan ketika potong kuku

Buah blueberry sememangnya kaya dengan vitamin A, E dan C, justeru ia sangat bermanfaat bukan saja untuk kulit wajah, tetapi juga rambut.

Jom lihat apa khasiat buah blueberry ini.

1) Anti Penuaan

Salah satu kandungan dalam blueberry yang baik bagi kulit adalah vitamin C. Selain berperanan membantu menjaga metabolisme tubuh, vitamin C juga terkenal ampuh dalam memerangi simptom penuaan. 

Jadi, apa kata anda cuba membuat masker menggunakan blueberry. Caranya, kisar blueberry dengan yogurt. Kemudian sapukan pada wajah dan biar selama 20 hingga 30 minit. Bilas dengan air. Anda pasti gembira dengan hasilnya, asalkan amalan ini dilakukan dengan konsisten. Nah, kini anda tidak perlu lagi membeli serum yang mahal.

Vitamin C yang terkandung dalam buah blueberry ampuh dalam memerangi simptom penuaan.

2) Anti Oksidan

Blueberry merupakan salah satu buah yang memiliki kandungan antioksidan yang tinggi jika dibandingkan dengan anggur. Antioksidan berperanan melindungi kulit dari radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit, mencegah kedutan dan bertindak memperbaiki kulit yang luka dengan cepat.

3) Mencegah jerawat

Blueberry juga bagus untuk merawat kulit yang berjerawat. Ia membuka pori-pori tersumbat yang menjadi punca pembentukan jerawat dan bertindak melawan bakteria penyebab jerawat. 

Namun, perlu diingat bahawa kandungan asid salisilik di dalam blueberry mungkin tidak sesuai kepada semua orang kerana ia boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Oleh itu, penggunaan blueberry perlu disertakan dengan pelembap.

Kekurangan pengambilan vitamin B12 juga boleh menjadi faktor yang menyebabkan rambut memutih lebih cepat.

4) Akar rambut subur

Kandungan vitamin C yang ada pada blueberry tidak hanya berguna bagi kulit, namun ia juga membantu melancarkan peredaran darah ke kulit kepala. Blueberryberperanan menyuburkan akar rambut, bahkan kandungan proanthocyanidins di dalamnya juga berfungsi dalam merangsang pertumbuhan rambut.

5) Melambatkan rambut beruban

Rambut beruban disebabkan oleh pigmentasi yang hilang juga boleh dicegah dengan memakan blueberry. Kekurangan pengambilan vitamin B12 juga boleh menjadi faktor yang menyebabkan rambut memutih lebih cepat. Amalan memakan blueberry boleh menjadi penyelesaian kepada masalah ini. – BEAUTY JOURNAL

blueberi, anti penuaan, uban, kek

Artikel Lain