suria

Tak perlu berjemur, tubuh anda hanya perlukan pancaran matahari kurang 15 minit setiap hari

Pancaran matahari yang terik boleh memberi kesan sampingan kepada kulit.

TAMPIL menawan dengan wajah berseri dan kulit yang mulus pastinya idaman ramai.  Namun, tahukah anda khasiat vitamin D pada sinaran matahari turut memainkan peranan.

Jadi, apa kata rancang aktiviti anda untuk beriadah sama ada bersenam, joging dan berkelah sekeluarga atau sekadar berjalan-jalan di taman.

Tentu sekali aktiviti berkenaan membolehkan tubuh anda terkena pancaran matahari, tapi perlu diingat ada manfaat daripada sinaran cahaya itu, malahan keburukannya juga tidak dapat dielak.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pelik! Badan tidak berpeluh boleh berlaku ketika cuaca panas terik - Pakar PPUKM

Kaya dengan vitamin D, sinaran matahari yang terpancar boleh memberi kebaikan, namun jangan berjemur berlebihan kerana ia menyebabkan anda terdedah risiko kanser kulit.

10 pagi hingga 3 petang

Sememangnya ada perbezaan pendapat mengenai waktu paling sesuai untuk mendapatkan sinar matahari, ada yang menyebut di kala pagi dan perdebatan juga menyarankan sepanjang siang hari antara pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Bagi menyokong waktu yang dinyatakan ini, fakta kukuh adalah jangkamasa lima jam itu mengurangkan kadar risiko kanser kulit jenis cutaneous malignant melanoma (CMM).

Tempoh masa ini juga meningkatkan penghasilan vitamin D dan ia dapat bertahan dua kali ganda dalam darah berbanding yang diperoleh daripada suplemen atau makanan.

Maksimum 15 minit

Tempoh ideal terkena pancaran matahari adalah antara lima hingga 15 minit setiap hari dan pastinya ia mudah bukan.

Jadi tidak perlu berjemur untuk mendapatkan vitamin D pada tubuh, cukup jika ia terkena pada wajah dan tangan antara dua hingga tiga kali seminggu.

Redakan panas badan akibat cuaca panas dengan air kosong.

Bahaya sinaran matahari berlebihan

1. Luka akibat kulit terbakar - Mungkin ada yang pernah merasakan kulit pedih kerana terlalu lama di bawah sinaran matahari, atau maksud mudahnya umpama kulit terbakar. Jika keadaan semakin parah, sinar matahari boleh menyebabkan kulit bertukar merah hingga melepuh dan membengkak.

2. Mata rosak - Paparan sinar UV dalam tempoh lama juga boleh merosakkan retina. Malahan, ia juga akan meningkatkan risiko penyakit mata seperti katarak.

3. Kulit semakin tua - Kesan akibat terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari, kulit anda boleh mengalami penuaan dengan lebih cepat. Kulit juga berisiko kerepot dan kendur, selain itu penuaan kulit juga boleh berlaku jika tidak menggunakan sunscreen.

4. Perubahan kulit - Bintik-bintik coklat atau freckles yang muncul pada kulit juga ada kaitan dengan kesan sinaran matahari, selain tahi lalat.

5. Strok haba - Situasi di mana naik atau turunnya suhu badan akibat pancaran matahari berlebihan boleh mengakibatkan berlakukan strok haba.

6. Kanser kulit - Ia adalah kesan paling ekstrem daripada sinaran matahari atau panas berlebihan. Pancaran ultraviolet dari matahari adalah penyebab utamanya.

Sehubungan itu, bagi yang menghabiskan waktu di bawah sinar matahari, sebaiknya gunakan payung yang boleh melindungi keseluruhan tubuh anda.

Amalan menggunakan payung ada baiknya untuk mengelak strok haba.

Bagaimanapun, jika mahu memanfaatkan sinar matahari untuk mendapatkan vitamin D, tidak perlu memakai sunscreen dalam masa antara lima ke 15 minit sahaja.

Jadi, selepas itu boleh saja mengoleskan sunscreen pada wajah dan tubuh anda bagi mencegah pancaran terus matahari pada kulit. Malahan, pemakaiannya haru diulangi setiap dua hingga tiga jam sekali.

matahari, strok, kanser

Artikel Lain